Home » Kesihatan » Tanda-Tanda Badan Tak Cukup Air

Tanda-Tanda Badan Tak Cukup Air

Apakah Tanda-Tanda Badan Tak Cukup Air atau dehidrasi? Anda rasa cukup tak air yang anda minum setiap hari? Kalau badan tak cukup air, anda mungkin alami tanda-tanda kekurangan air dalam badan seperti di bawah ini.

Kita seringkali mendengar saranan untuk minum sekurang-kuranya 8 gelas air setiap hari. Minum air suam secukupnya penting untuk memastikan tahap kesihatan tidak terjejas. Tetapi dalam kesibukan menjalani rutin seharian, ramai antara kita yang lupa atau kurang minum air secukupnya.

Tanda-Tanda Badan Tak Cukup Air

Tanda-Tanda Badan Tak Cukup Air

1) Mulut Terasa Kering – Jika mulut dan bibir terasa kering, itu tandanya anda kurang minum air. Lebih-lebih lagi kalau lidah anda terasa kering dan agak keputihan, kemungkinan anda mengalami masalah dehidrasi. Pengambilan air yang secukupnya membantu penghasilan lendir pada menbran tekak dan membuatkan mulut dan bibir sentiasa lembab. Lidah pun tak akan rasa kering dan tidak selesa.

2) Masalah Kulit Kering – Cuba perhatikan kulit anda, ada tanda-tanda masalah kulit kering tak? Pengambilan air yang cukup akan membuatkan peluh keluar dengan lebih lancar. Peluh membantu mengeluarkan kotoran berlebihan dari kulit dan mengelak liang pori dari tersumbat. Kurang minum air akan membuatkan kulit lebih berminyak yang menjadi punca jerawat. Jadi kalau anda ada masalah jerawat, kemungkinan badan anda kurang air atau dehidrasi.

 

3) Kerap Rasa Dahaga – Pernah tak anda rasa dahaga walaupun selepas minum air? Kita sering minum hanya ketika berasa dahaga dan jenis air yang diambil pula selalunya yang berperisa dan manis bukan air suam. Betul tak? Tahukah anda minum air yang manis ketika dahaga akan membuatkan kita berasa lebih dahaga. Cuba amalkan minum air suam bukan hanya ketika dahaga tapi jadikan ia sebagai rutin harian untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

 

4) Sakit Sendi – Anda mungkin tertanya-tanya apa kaitan kurang minum air dan sakit sendi. Tahukah anda bahawa cakera tulang rawan dan tulang belakang terhasil daripada 80% kandungan air. Air yang kurang dalam badan akan membuatkan tulang ‘mengisar’ antara satu sama lain ketika kita bergerak dan menyebabkan rasa sakit.

5) Mengambil Masa Yang Lama Untuk Sembuh – Air membantu menyingkirkan toksin dari tubuh. Kurang minum air akan menjejaskan kelancaran tubuh untuk menyingkirkan toksin. Toksin yang berlebihan dalam badan boleh menjadi punca pelbagai jenis penyakit yang tidak diingini.

Tanda Badan Kekurangan Air

6) Cepat Berasa Letih Dan Lesu – Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan tubuh terpaksa menarik cecair dari darah. Ini akan mengakibatkan darah kekurangan oksigen. Kesannya anda akan kerap berasa letih dan mengantuk. Ramai yang menjadikan kopi untuk membuatkan mata kembali segar. Namun pengambilan minuman berkafein akan memburukkan lagi masalah dehidrasi.

Baca juga : 11 Kebaikan Mandi Air Sejuk Untuk Kesihatan

7) Sistem Pencernaan Terganggu – Air yang secukupnya penting untuk melancarkan sistem pencernaan. Jika anda kerap berasa senak perut atau pedih ulu hati selepas makan, itu tandanya badan anda kekurangan air.

8) Kerap Berasa Lapar – Nak kata diet, tidak. Baru sahaja makan, anda dah berasa lapar semula. Badan yang kekurangan air, akan memberi tanda seolah anda perlukan makanan. Macam mana nak diet kalau asyik lapar sahaja. Selepas ini kalau anda lapar, cuba minum segelas air dulu. Kemudian kalau masih lapar, baru makan. Petua mudah ini dapat juga menurunkan berat badan. Cubalah kalau tak percaya.

Tanda-Tanda Badan Tak Cukup Air ini tidak boleh dipandang remeh kerana jika dibiar berlarutan kemungkinan besar ia akan memudaratkan tahap kesihatan anda. Jadikan amalan minum air sebagai rutin harian anda

 

(Visited 471 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *