Home » Kesihatan » Tanda-Tanda Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan

Tanda-Tanda Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan

Tanda-Tanda Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan. Adakah anak anda tergolong dalam kategori yang terlampau aktif, terlalu lasak dan sukar dikawal?

Kanak-kanak yang sedang membesar dengan sihat selalunya aktif namun jika anak anda terlalu aktif dan kenakalannya diluar kawalan ada kemungkinan anak anda itu hiperaktif. Keadaan anak yang hiperaktif bukan sahaja boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain tetapi sifat kenakalan itu boleh juga terbawa sampai ke sekolah membuatkan para guru juga tidak dapat mengawal atau mendidik kanak-kanak tersebut dengan baik.

Tanda-Tanda Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan

Apa itu Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan?

Hiperaktif dan kurang daya tumpuan (ADHD)

  • ADHD biasanya dikaitkan dengan tingkah laku seorang kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang memberikan perhatian, sangat lasak, impulsif, seringkali resah, gemar merosakkan harta benda dan mudah beralih tumpuan.

Kurang daya tumpuan (ADD)

  • Attention Deficit Disoreder atau singkatannya ADD menjelaskan tingkah laku kanak-kanak yang kurang daya tumpuan tetapi tidak tergolong dalam kategori hiperaktif.

Menurut kajian, kanak-kanak lelaki lebih kerap didiagnosis sebagai hiperaktif atau ADHD manakala kanak-kanak perempuan pula jarang hiperaktif sebaliknya lebih kepada ADD.

Di bawah ini adalah tanda-tanda seorang kanak-kanak itu Hyperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Jika anda ingin menilai sama ada anak anda itu ADHD, anda perlu perhatikan tingkah lakunya bukan sahaja di rumah tetapi juga di sekolah dan di tempat lain.

Hyperaktif 

  • Berasa rimas bila perlu duduk diam. Jika tidak menggerakkan tangan, mereka akan mengerakkan kaki.
  • Suka berlari dan memanjat biarpun dilarang berkali-kali
  • Kerap meninggalkan kelas untuk bermain diluar.
  • Tidak dapat memberikan fokus bila perlu melakukan aktiviti yang memerlukan mereka untuk duduk.
  • Seorang yang kuat bercakap walaupun telah diarahkan untuk senyap.
  • Boleh bermain sehari suntuk tanpa berasa penat.

Tidak Dapat Memberi Tumpuan Untuk Tempoh Yang Lama

  • Tidak dapat memberi tumpuan
  • Kerap cuai atau sering melakukan kesilapan
  • Tidak dapat mematuhi arahan walaupun arahan yang mudah.
  • Sukar menyiapkan tugasan yang diberikan, contohnya kerja rumah yang diberikan oleh guru.
  • Suka mengelak bila perlu membuat sesuatu yang memerlukan dirinya untuk memberi tumpuan.
  • Kerap tercicir barang
  • Mudah hilang fokus biarpun sedang melakukan sesuatu yang diminati.
  • Seorang yang sangat pelupa.

Bersikap Impulsif

  • Bersikap kurang sabar dan tak mampu menunggu giliran.
  • Suka mencelah ketika orang lain bercakap.
  • Suka menggangu aktiviti orang lain.
  • Sukar membuat pertimbangan yang bijak.

Punca sebenar seseorang kanak-kanak menjadi Hyperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) memang sukar dikenalpasti biarpun ada mitos yang mengaitkannya dengan pengambilan gula yang berlebihan, kerap menonton televisyen, keadaan hidup yang serba kekurangan dan alahan pada makanan.

Apakah Rawatan Untuk Kanak-Kanak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Rawatan yang dikatakan berkesan untuk kanak-kanak ADHD adalah pendekatan secara multidisiplin iaitu yang melibatkan beberapa bidang antaranya psikologi, sosial, perubatan dan juga pendidikan. Dari segi perubatan, terdapat ubat yang dapat membantu kanak-kanak ADHD untuk menumpukan perhatian dan menjadi lebih tenang. Dengan bantuan perubatan dan psikologi, kanak-kanak ADHD dapat berfikir dengan lebih jelas, berkomunikasi dengan lebih baik dan memberikan tumpuan pada pelajaran.

Jika anda rasa anak anda memiliki tanda-tanda ADHD atau ADD, Nota Wanita syorkan agar anda bawa anda untuk pemeriksaan awal. Pengesanan awal, dapat membantu anak anda untuk membesar seperti kanak-kanak yang seusianya.

(Visited 2,615 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *