Home » Santai Depan TV » Telefilem » Sinopsis Takdir Yang Terhenti Cerekarama TV3

Sinopsis Takdir Yang Terhenti Cerekarama TV3

Sinopsis Takdir Yang Terhenti Cerekarama TV3. Takdir Yang Terhenti adalah tajuk telefilem untuk Cerekarama siaran TV3 minggu ini. Menggandingkan Syafiq Kyle dan Zara Zya, telefilem ini adalah untuk siaran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2017)

Nampaknya sudah lama Notawanita tidak kongsi artikel tentang telefilem dan drama bersiri, jadi untuk bulan Mac ini saya kongsikan semula sinopsis telefilem dan drama bersiri sebagai perkongsian santai. Asyik cerita tentang tips dan resepi sahaja membosankan juga kan.

Sinopsis Takdir Yang Terhenti Cerekarama TV3

Sinopsis Takdir Yang Terhenti Cerekarama TV3

Apa yang menarik tentang telefilem Takdir Yang Terhenti?

Takdir Yang Terhenti mengisahkan tentang dua orang individu bernama Asif dan Raudhatul yang telah dijodohkan oleh keluarga mereka. Biarpun kedua-duanya telah pun mempunyai pilihan hati sendiri, Asif dan Raudhatul tiada pilihan lain dan terpaksa berkahwin atas pilihan orang tua.

Kata orang tua-tua pilihan orang tua selalunya tepat dan membahagiakan tetapi berbeza pula dengan rumahtangga Asif dan Raudhatul. Asif menjadi seorang yang sangat panas baran dan cepat melenting. Kesian Raudhatul yang sering menjadi mangsa kemarahannya.

Anda nak tahu apa akan terjadi kepada rumahtangga Asif dan Raudhatul selepas itu? Bahagia atau berakhir dengan derita. Kalau nak tahu, jangan lupa tonton Takdir Yang Terhenti di slot Cerekarama TV3 malam ini, 4 Mac 2017 jam 9:00 malam.

Telefilem Takdir Yang Terhenti turut dibintangi oleh Ku Faridah, Jasmine Soraya, Feiyna Tajudin dan Amirul Faqeem di bawah arahan Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Primework Studio Sdn Bhd.

Selamat Menonton.

(Visited 1,488 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *