Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Di Astro Ria

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Di Astro Ria

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Di Astro Ria. Sebuah karya adaptasi novel Suri Hati Mr Pilot akan disiarkan mulai 10 Oktober di Astro Ria yang menggandingkan Fattah Amin dan Neelofa sebagai hero dan heroin.

Diarahkan oleh Michael Ang, Drama Suri Hati Mr Pilot akan bersiaran selama 16 episod. Turut membintangi drama terbitan Cube Film Sdn Bhd ini adalah Alvin Chong, Nina Juren, Mas Khan, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Di Astro Ria

Suri Hati Mr Pilot akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Di Astro Ria

Drama Suri Hati Mr Pilot mengisahkan tentang seorang pilot yang bernama Ejaz. Satu hari dia bertemu dengan Warda. Warda pernah dibuang keluarga kerana terlalu taksub bercinta dengan seorang lelaki bernama Muslim.

Pertemuan Ejaz dan Warda membuat lelaki itu mula jatuh cinta. Perasaan cemburu menguasai diri Ejaz akibat kehadiran Daniel dan Razif, dua orang lelaki yang turut menyimpan perasaan terhadap Warda. Kerana tidak mahu Warda terlepas pada salah satu antara lelaki itu, Ejaz membuat keputusan untuk berkahwin dengan Warda.

Pada awal perkahwinan, mereka berdua sangat bahagia. Masing-masing saling mencintai. Namun satu hari Muslim kembali menagih cinta dari Warda. Ini membuatkan rumahtangga mereka mula goyah tatkala Ejaz dikuasai rasa curiga. Kehadiran Inara yang mempunyai agenda tersendiri turut mengeruhkan keadaan.

Rumahtangga mereka akhirnya retak tatkala Ejaz ditimpa kemalangan. Lenyap semua impian dan cinta Ejaz pada dunia penerbangan dan terutama buat Warda.

Akan ada bahagiakah selepas tragedi hitam itu? Bersatukah cinta Warda dan Mr Pilotnya?

(Visited 8,778 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *