Home » Santai Depan TV » Sinopsis Hamba Iblis Astro Citra

Sinopsis Hamba Iblis Astro Citra

Sinopsis Hamba Iblis Astro Citra. Telefilem berjudul Hamba Iblis lakonan Amerul Affendi dan Siti Saleha akan disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra 131 pada hari Sabtu 31 Mac 2018. Hamba Iblis turut akan disiarkan di Mustika HD 134.

Telemovie arahan Razaisyam Rashid ini juga dibintangi oleh Namron, Ken Ridzuan, Mior Hashim Manap dan ramai lagi. Hamba Iblis yang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh Arie Zaharie Production Sdn Bhd.

Sinopsis Hamba Iblis Astro Citra

Sinopsis Hamba Iblis

Hamba Iblis mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Tahir. Tahir telah terpikat pada Aisyah. Untuk mendapatkan Aisyah, Tahir telah menggunakan ilmu hitam. Niatnya bukan hanya untuk mendapatkan cinta Aisyah tetapi juga kerana tamakkan harta. Tahir ingin memperoleh semua kekayaan.

Namun ilmu hitam yang diperolehinya itu terdapat syarat yang perlu diperolehinya. Selain darah, isterinya sendiri turut dijadikan taruhan.

Apa akan terjadi kepada Tahir selepas itu? Adakah permainan ilmu hitamnya itu memburukkan lagi kehidupannya? Apa akan terjadi kepada Aisyah?

Biodata Amerul Affendi
Amerul Affendi atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi pernah membintangi beberapa buah filem. Antara filem lakonannya adalah Pekak dan Polis Evo. Beliau pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 27 untuk filem Terbaik Dari Langit.

Biodata Siti Saleha 
Siti Saleha merupakan seorang pelakon dan model yang kerap membintangi drama bersiri tempatan. Pelakon berketurunan Inggeris ini mula dikenali selepas memegang watak Nora Elena dan digandingkan dengan Aaron Aziz. Drama bersiri yang juga bertajuk Nora Elena itu mendapat rating yang tinggi. Abangnya yang bernama Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface. Siti Saleha juga pernah dinobatkan sebagai pelakon filem wanita popular sebanyak 2 kali berturut-turut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Bagaimana pula gandingan antara Amerul Affendi dan Siti Saleha untuk Hamba Iblis? Untuk mengetahui kesudahan kisah mistik ini, jangan lupa tonton telefilem Hamba Iblis di Astro Citra pada 31 Mac Sabtu jam 9:00 malam.

(Visited 1,364 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …