Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Sweetie Nanie Di Slot Lestary

Sinopsis Drama Sweetie Nanie Di Slot Lestary

Sinopsis Drama Sweetie Nanie Di Slot Lestary. Drama Sweetie Nanie lakonan pelakon baru Aidit Noh dan Nadia Brian telah mula disiarkan di Slot Lestary TV3.

Terbitan Creative Skill Solution, Drama Sweetie Nanie akan bersiaran selama 13 episod. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama arahan Pali Yahya ini adalah, Nazeera Sardi, Duerra Mitilda, Syafnida Shuhaimi dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Sweetie Nanie Di Slot Lestary

Drama Sweetie Nanie boleh diton pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9;00 malam hanya di Slot Lestary TV3.

Sinopsis Drama Sweetie Nanie Di Slot Lestary

Drama Sweetie Nanie mengisahkan tentang Nanie Nadira (Nadia Brian) yang pernah dirogol menyebabkan dia telah melahirkan seorang anak luar nikah di usia 16 tahun. Anak tersebut telah diberi kepada kakaknya, memandangkan ketika itu dia masih di bangku sekolah dan tidak mempunyai pendapatan.

Ditakdirkan pula anak itu telah diculik dan mengakibatkan kakak Nanie mengalami kemurungan. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nanie telah diamanahkan oleh kakaknya untuk mencari kembali anak kandungnya itu dan membesarkannya dengan penuh tanggungjawab.

Setelah kakaknya meninggal, Nanie menghadapi masalah kewangan memandangkan ketika itu dia masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi.

Nanie berkenalan dengan Zafri (Aidit Noh) secara tidak sengaja dalam sebuah kafe. Kebetulan Zafri yang merupakan seorang ketua pengawai eksekutif muda di sebuah syarikat pemaju sedang diburu oleh orang suruhan sepupunya bernama Baizura. Baizura adalah penasihat di syarikat pemaju milik keluarga Zafri.

Hari demi hari Nanie dan Zafri menjadi semakin rapat. Baizura tidak menyenangi perhubungan mereka berdua dan merancang untuk memisahkan mereka. Dia mula menyelidik latar bekalang Nanie dan mendapat tahu tentang sejarah hitam yang pernah melanda kehidupan Nanie.

Kebahagian yang baru dikecapi Nanie musnah bila Zafri mendapat tahu tentang sejarah hitamnya.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Berjayakan Nanie menemui anaknya semula?

Jangan lupa tonton Drama Sweetie Nanie hanya di Slot Lestary TV3.

(Visited 2,314 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *