Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Samudera Rindu Di Slot Azalea

Sinopsis Drama Samudera Rindu Di Slot Azalea

Sinopsis Drama Samudera Rindu Di Slot Azalea. Drama Samudera Rindu lakonan Azhan Rani dan Dynas Mokhtar akan disiarkan di Slot Azalea TV9 bermula Ahad ini 25 September jam 8:30 malam. Siaran ulangan boleh ditonton di TV3.

Sinopsis Drama Samudera Rindu Di Slot Azalea

 

Drama Samudera Rindu yang akan bersiaran selama 20 episod telah diarahkan oleh Amar Rizan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Watie Sadali, Eyra Hazali, Emely Hanif, Hafeez Mikail dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Samudera Rindu Di Slot Azalea 

Samudera Rindu mengisahkan tentang seorang ibu bernama Nadia (Dynas Mokhtar) yang mengalami kemurungan selepas anak sulungnya meninggal dunia. Nadia mempunyai seorang lagi anak bernama Athirah (Eyra Hazali). Athirah adalah seorang anak yang sangat menghormati kedua orang tuanya.

Zainal (Azhan Rani) kerap bertukar pekerjaan disebabkan oleh keadaan Nadia. Ini membuatkan kehidupan Athirah tidak seperti rakan karibnya Eliza. Namun biarpun keadaan Nadia begitu, Athirah tetap menghormati ibunya itu.

Pada awalnya kehadiran Athirah diharapkan dapat mengurangkan masalah kemurungan Nadia namun Nadia tetap begitu. Dia seakan-akan hidup dalam dunianya yang tersendiri. Nadia sering lupa untuk menjaga Athirah dan tanggungjawab itu terpaksa dipikul oleh Zainal.

Nadia mula berubah perangai menjadi seperti seorang anak kecil. Athirahlah yang menjadi rakan baik kepada ibunya. Namun biar bagaimana sekali perangai Nadia, Zainal tetap setia mencintai isterinya.

Tahun berganti tahun, Athirah berjaya menyambung pengajian ke universiti. Athirah mula merasa penat dan malu untuk melayan kerenah ibunya yang kurang waras itu. Dia mula berkawan dengan seorang lelaki bernama Eizaril.

Kerana keadaan Nadia yang langsung tiada perubahan, dia dihantar ke hospital untuk rawatan. Biarpun Zainal berat hati namun itu sahaja cara yang terbaik untuk merawat Nadia. Zainal juga mula rapat dengan Siti (Watie Sadali) yang merupakan rakan sekerjayanya. Perhubungan antara Zainal dan Siti membuatkan Zainal mula merasa bahagia kembali.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Dapatkah Nadia pulih dari masalah kemurungannya itu? Adakah keluarga itu akan kembali bahagia dan bersatu atau masing-masing akan terpisah membawa haluan sendiri?

Menarikkan Sinopsis Drama Samudera Rindu Di Slot Azalea ini. Jangan lupa ikuti kesudahan drama ini bermula dengan episod pertama pada 25 September ini pada setiap Selasa hingga Ahad jam 8:30 malam hanya di Slot Azalea TV9 dan siaran ulangan di TV3.

(Visited 2,044 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *