Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Kalis Kasih

Sinopsis Drama Kalis Kasih

Sinopsis Drama Kalis Kasih . Drama Kalis Kasih lakonan Amar Baharin dan Mawar Rashid akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 2 April 2018. Kalis Kasih akan menggantikan Melankolia yang telah menyiarkan episod terakhirnya minggu lepas.

Drama bersiri 15 episod arahan Nazir Jamaluddin ini juga dibintangi oleh Elvina Mohamad, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Azri Iskandar, Rosnah Johari, Anne Abdullah, Amyza Adnan, Duerra Mitilda, Qazem Nor dan ramai lagi. Kalis Kasih yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam telah diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Kalis Kasih

Sinopsis Drama Kalis Kasih

Kalis Kasih mengisahkan tentang Amanda dan Dania. Biarpun mereka berdua sepupu dan sebaya tetapi memiliki perwatakkan yang sangat berbeza. Amanda yang merupakan seorang gadis bandar, tinggal bersama keluarga Dania di kampung setelah kedua ibu bapanya meninggal.

Apabila mereka meningkat dewasa, Amanda telah berkahwin dengan Khair. Dia mempunyai seorang anak bernama Iris. Anaknya itu diasuh oleh Dania. Amanda mulai cemburu bila melihat Iris lebih rapat dengan Dania berbanding dirinya. Satu hari ketika Amanda mengandungkan anak yang kedua, dia terjatuh dari tangga dan keguguran. Insiden itu juga telah menyebakan Amanda terpaksa dibedah untuk membuang rahimnya.

Lebih memburukkan keadaan bila Iris pula meninggal dunia akibat keracunan makanan. Ibu Khair telah memintanya untuk berkahwin lain membuatkan Amanda menjadi buntu dengan situasi itu.

Lain pula situasinya dengan Dania. Wajah Dania menjadi cacat setelah ditolak oleh Sandra. Sebenarnya Sandra berdendam dengan Amanda kerana tidak dapat berkahwin dengan Khair. Biarpun Dania cacat wajahnya, Bard tetap ikhlas menjadikan Dania isterinya. Selepas melahirkan anak kembar, Dania nekad untuk menghadiakan salah seorang anaknya kepada Amanda.

Apakah akan terjadi kepada Amanda dan Dania? Bahagiakah mereka berdua akhirnya?

Bagaimanakah gandingan antara Amar Baharin, Mawar Rashid dan Elvina Mohamad kali ini? Untuk mengetahui kesudahan kisah dua sepupu ini jangan lupa tonton Drama Kalis Kasih di Slot Samarinda bermula 2 April ini jam 10:00 malam hanya di TV3

(Visited 1,825 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *