Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral

Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral

Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral mengisahkan tentang Syirin lakonan Niena Baharun akan disiarkan di TV2. Drama Dia Anak Jeneral turut dibintangi Fattah Amin yang membawakan watak Zakhif.

Drama Dia Anak Jeneral akan bersiaran selama 26 episod pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 8:30 malam bermula 24 Januari 2018. Drama terbitan A. Aida Production Sdn Bhd ini mengisahkan tentang cinta dan kekeluargaan.

Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral

Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral

Leftenan Jeneral Dato Hambali mempunyai 3 orang anak perempuan bernama Shima, Shida dan Syirin. Shima dan Shida telah pun berkahwin dengan pegawai badan beruniform. Dato Hambali merancang untuk menjodohkan Syirin dengan seorang pegawai beruniform bernama Nukman.

Nukman merupakan anak kepada kenalan Dato Hambali dan telah berkawan dengan Syirin sejak kecil lagi. Namun Syirin hanya menganggap Nukman sebagai kawan dan membantah cadangan ayahnya. Tetapi Dato Hambali tetap juga dengan keputusan untuk menjodohkan mereka. Syirin bertambah kecewa bila Nukman seolah bersetuju dengan keputusan keluarga.

Syirin mula berkenalan dengan Zakhif. Lelaki itu adalah seorang kontraktor yang ditugaskan untuk membaik pulih rumah Dato Hambali. Satu hari selepas berbincang dengan Nukman, Syirin akhirnya bersetuju untuk disatukan. Dato Hambali sangat gembira dan terus merancang tentang majlis pertunangan.

Dijadikan cerita ketika Syirin dan Nukman keluar untuk membeli barang untuk majlis perkahwinan, Nukman terserempak dengan Diara yang merupakan bekas kekasihnya. Diara telah pun bercerai dengan suaminya dan masih menyimpan perasaan terhadap Nukman. Dan sanggup menjadi isteri kedua Nukman.

Sejak pertemuan itu, Nukman selalu memberi alasan untuk bertemu dengan Syirin. Syirin kecewa kerana dia telah mula menyayangi Nukman. Syirin keluar untuk mencari Zakhif dan menceritakan masalahnya. Dia meminta agar Zakhif datang melamarnya. Zakhif merasakan perancangan Syirin tidak akan terjadi kerana mereka berbeza taraf hidup. Dalam masa yang sama Diara pula memujuk Syirin untuk meneruskan majlis perkahwinan bersama Nukman tetapi Syirin berkeras untuk menyatukan Diara dan Nukman.

Zakhif akhirnya bersetuju untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Cadangan Syirin ini langsung tidak mendapat persetujuan dari Dato Hambali. Dato Hambali mengamuk dan bertindak menampar Syirin. Dato Hambali langsung tidak berkenan dengan Zakhif dan merasakan bahawa Zakhif ada hubungan dengan adik angkatnya bernama Eja.

Apa akan terjadi pada hubungan Syirin dan Zakhif?

Pelakon Drama Dia Anak Jeneral

Pelakon yang menjayakan Drama Dia Anak Jeneral adalah Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida. Manakala drama adaptasi novel ini telah diarahkan oleh Khalid Nadzri

Kalau anda tertarik dengan Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral jangan lupa tonton episod 1 bermula 24 Januari ini hanya di TV2

(Visited 1,428 times, 5 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …