Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama My Coffee Prince

Sinopsis Drama My Coffee Prince

Sinopsis Drama My Coffee Prince versi Malaysia lakonan Fattah Amin dan Janna Nick akan disiarkan di Astro Ria bermula 27 November 2017. My Coffee Prince merupakan adaptasi sebuah drama popular dari Korea Selatan.

My Coffee Prince akan bersiaran selama 28 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam. Siaran episod 1 My Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick pasti dinantikan ramai. Awal-awal dulu memang ada beberapa kontroversi juga tentang drama ni, antaranya berkaitan ‘adengan cium’ antara hero dan heroin dalam salah satu babak. Malah pilihan pelakan juga dipersoal. Ada juga peminat yang tidak bersetuju Fattah Amin membawa waktu utama dalam drama bersiri ini.  Biar apa pun kontroversi, semuanya dah selesai dan drama ini pun bakal disiarkan bermula Isnin Ini.

Sinopsis Drama My Coffee Prince

Sinopsis Drama My Coffee Prince

Dani lakonan Janna Nick adalah seorang gadis yang sering dianggap sebagai lelaki akibat perwatakan ‘tomboy’nya. Dia tinggal bersama dengan ibu dan adiknya. Dani sangat memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Rayqal (Fattah Amin) pula seorang ahli perniagaan dan pemilik kafe. Rayqal telah menawarkan Dani untuk bekerja di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki kerana menyangka bahawa Dani adalah seorang lelaki. Dani tidak menolak tawaran itu kerana dia sangat memerlukan pekerjaan dan Dani telah menyamar sebagai lelaki.

Tanpa sengaja Rayqal mula menaruh hati pada Dani. Kerana Rayqal menyangka Dani adalah lelaki dia mula meragui seksualiti dirinya sendiri. Dalam masa yang sama, Dani juga telah mula jatuh hati pada Rayqal namun terpaksa dipendam agar penyamarannya tidak terbongkar. Lagipun pekerjaan itu terlalu penting buat Dani.

Adalah rahsia Dani akan terbongkar akhirnya? Dapatkah Rayqal menerima Dani?

Pelakon Drama My Coffee Prince

Pelakon yang menjayakan Drama My Coffee Prince arahan Michael Ang adalah Janna Nick, Fattah Amin, Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha, Elly Suriati, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Lagu Tema Drama My Coffee Prince

Lagu Sebentar Sahaja nyanyian Janna Nick telah dipilih sebagai OST atau lagu tema untuk drama bersiri terbitan Juita Viden Sdn Bhd ini.

Menarik tak Sinopsis Drama My Coffee Prince ini? Jangan lupa tonton bermula dengan episod 1 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

(Visited 339 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *