Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Abang Sado Boleh Beres

Sinopsis Drama Abang Sado Boleh Beres

Sinopsis Drama Abang Sado Boleh Beres. Drama Abang Sado Boleh Beres telah mula menghiasi slot Iris TV sejak semalam 13 September 2016 bermula jam 6:30 petang.

Diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd, Drama Aband Sado Boleh Beres dibintangi oleh Reen Rahim, Sabhi Saddi, Julia Ziegler, Acap Jamaludin dan Ezzaty Abdullah.

Sinopsis Drama Abang Sado Boleh Beres

Drama Abang Sado Boleh Beres yang bergenre komedi telah diarahkan oleh Khalid Nadzri dan boleh ditonton pada setiap Isnin hingga Khamis jam 6:30 petang di slot Iris TV3. Turut menjayakan drama ini adalah Zee Zainal, Dafi, Anie Arifin, Ery Putra dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Abang Sado Boleh Beres

Drama Abang Sado Boleh Beres mengisahkan tentang Rahul (Sabhi Saddi), Rayyan (Acap Jamaludin) dan Fariz (Zee Zainal) yang menjadi pemilik sebuah gym yang baru dibuka. Setiap hari ada sahaja insiden yang pelik dan melucukan yang berlaku di gym mereka.

Rozita (Julia Ziegler) adalah seorang janda yang kerap ke gym tersebut untuk bersama. Tetapi kerana tiada siapa untuk membawa anaknya, dia terpaksa membawa anaknya bersama. Anaknya pula suka mengacau orang lain yang sedang bersenam. Ini membuatkan Rahul, Rayyan dan Fariz merancang untuk membuka pusat asuhan kanak-kanak di gym tersebut untuk memudahkan pelanggan yang menggunakan gym mereka.

Kemunculan artis-artis popular di gym tersebut turut memeriahkan suasana dan menyebabkan banyak lagi insiden lucu berlaku.

Untuk anda yang menggemari drama bergenre lucu, jangan lupa tonton Drama Abang Sado Boleh Beres pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6:30 petang hanya di TV3.

(Visited 474 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *