Home » Dapur » Resipi Ayam Masak Padang

Resipi Ayam Masak Padang

Resipi Ayam Masak Padang. Antara perkara utama yang sering difikirkan oleh para ibu terutamanya suri rumah, adalah menu apa yang hendak dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Kalau asyik masak resipi yang sama, suami dan anak-anak pasti jemu kan.

Di laman nota wanita ini, saya akan cuba kongsikan resipi-resipi yang sedap dan mudah disediakan untuk anda mencubanya. Yelah bulan puasa pun dah nak dekat kan, pastinya setiap hari pun kena fikir nak masak apa untuk berbuka. Betul tak?

Resipi Ayam Masak Padang

Sebagai pembuka tirai, resipi pertama ini saya akan kongsikan satu menu hidangan kegemaran iaitu Resipi Ayam Masak Padang. Resipi ini sesuai dihidangkan bersama nasi putih. Makan dengan nasi minyak atau roti jala pun sedap.

Bahan-bahan

(A) (Bahan kisar)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
cili padi (ikut pada citarasa kepedasan)
20 tangkai cili kering
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras

(B)
1 ekor ayam (dipotong kecil)
4 helai daun limau purut (dicarik)
3 batang serai (diketuk)
2 cawan santan
3 biji tomato (dibelah 4)
1 keping asam gelugur
minyak masak
garam

Cara Memasak Ayam Masak Padang

1) Panaskan minyak dan tumis serai. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2) Masukkan ayam dan kacau. Selepas itu masukkan santan, daun limau purut dan asam gelugur. Tambahkan garam secukup rasa.
3) Biarkan masak di atas api yang perlahan sehingga kuah agak pekat.
4) Bila dah mendidih dan ayam pun dah masak, masukkan tomato.
5) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah kan nak masak resipi ni. Anda jangan lupa cubanya nanti ya.

sumber: 1 hari 1 resipi

(Visited 9,514 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *