Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Koleksi Biskut Raya » Resepi Semperit Coklat Istimewa Raya

Resepi Semperit Coklat Istimewa Raya

Resepi Semperit Coklat Istimewa Raya. Biskut semperit coklat mempunyai gabungan elemen tradisional dan moden. Sesuai dijadikan biskut istimewa raya untuk dihidangkan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah.

Resepi Semperit Coklat diubah suai dari resepi semperit yang tradisional. Ditambah dengan serbuk koko untuk memberikan sedikit kelaianan rasa. Biasanya semperit coklat ni sangat digemari oleh kanak-kanak dan penggemar coklat.

Resepi Semperit Coklat Istimewa Raya

Resepi Semperit Coklat

Bahan-Bahan
500g tepung jagung
150g tepung gandum
4 biji kuning telur
350g mentega
250g gula kastor (boleh diubah suai mengikut citarasa)
50g gula aising
25g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
chocolate rice / chocolate urai (untk hiasan)

Cara Membuat Biskut Semperit Coklat
1) Mula-mula pukul gula dan mentega sehingga gebu.
2) Selepas itu masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul.
3) Seterusnya masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko yang telah diayak terlebih dahulu.
4) Kemudian tambahkan esen vanilla.
5) Uli sehingga doh sebati dan lembut.
6) Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan semperit.
7) Tekan acuan di atas dulang pembakar. Pastikan dulang pembakar telah disapu dengan sedikit mentega.
8) Hiaskan dengan sedikit coklat urai diatasnya.
9) Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celsius atau sehingga biskut telah masak sepenuhnya.

Memang sangat mudah untuk buat Semperit Coklat ini jadi jangan lupa untuk mencubanya untuk raya nanti. Untuk banyak lagi kolekasi biskut raya tradisinal dan moden layari Koleksi Biskut Raya

(Visited 247 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *