Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Roti Bun Manis Yang Gebu

Resepi Roti Bun Manis Yang Gebu

Resepi Roti Bun Manis Yang Gebu. Ramai yang semakin gemar membuat roti di rumah. Alasannya roti bun homemade selalunya lebih gebu dan segar. Memang sesuai la untuk dibuat sebagai hidangan untuk sarapan pagi mahupun minum petang.

Resepi Roti Bun Manis Yang Gebu

Bahan-bahan untuk membuat roti bun memang mudah didapati di pasar raya ataupun dari kedai-kedai yang menjual bahan membuat kek dan pastri. Cuma proses membuat roti bun mengambil masa yang sedikit lama. Tapi kalau dah mengidam nak makan roti bun homemade, masa yang lama itu bukan halangan kan.

Resepi Roti Bun Manis Yang Gebu

Bahan-bahan membuat bun
500g tepung roti
Sepeket yis kering
2 biji telur
200 ml air sejuk
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening

Cara-Cara Membuat Roti Bun Yang Gebu
1) Bancuh air dengan gula dan kemudian masukkan yis. Ketepikan sehingga yis kembang (aktif)
2) Sementara itu satukan kesemua bahan-bahan yang lain kecuali marjerin dan shortening
3) Bila yis dah aktif, tuangkan ke dalam adunan tepung.
4) Uli doh sehingga menjadi elastik.
5) Tambahkan marjerin dan shortening. Teruskan menguli sehingga doh tidak lagi melekat pada tangan.
6) Biarkan doh kembang kira-kira untuk sejam.
7) Kemudian bentukkan doh dan susun ke dalam loyang. Biarkan sekali lagi sehingga doh kembang untuk sejam lagi.
8) Bakar pada suhu biasa (suhu kek) sehingga warna roti bun nampak kekuningan di bahagian atas.
9) Bila roti bun dah masak, keluarkan dari oven dan sapukan marjerin diatasnya sementara ia masih panas.

Selamat Mencuba.

(Visited 5,218 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *