Home » Dapur » Resepi Kuih Seri Muka Pandan

Resepi Kuih Seri Muka Pandan

Resepi Kuih Seri Muka Pandan. Kuih Seri Muka Pandan, menyebut namanya sahaja sudah tergambar kuih dwi warna hijau putih yang menjadi kegemaran ramai ini.

Kuih Seri Muka antara kuih tempatan yang sangat popular dan mudah didapati di gerai-gerai yang menjual kuih muih. Rasa lemak manis ditambah dengan aroma daun pandan membuatkan sesiapa sahaja yang merasainya pasti ingin membelinya lagi.

Resepi Kuih Seri Muka Pandan

Tapi daripada membeli, baik cuba buat sendiri kan. Lagipun bila buat sendiri, bolehlah kita buat kuih seri muka tu mengikut citarasa sendiri. Nak lebih lemak ke, nak kurang manis ke…semua itu boleh dilakukan jika kita buat sendiri.

Apa tunggu lagi? Jom buat Kuih Seri Muka Pandan

Resepi Kuih Seri Muka Pandan

Bahan-Bahan
(Untuk Lapisan Pulut)
500g Beras Pulut
3 Helai Daun Pandan
400ml Santan Pekat
200ml Air
Sedikit Garam

(Untuk Lapisan Hijau)
210g Gula Pasir
400ml Santan Pekat
35g Tepung Gandum
110g Tepung Kastad
3 Biji Telur
Pewarna Hijau
10 Helai Daun Pandan
300ml Air
Sedikit Garam

Cara Membuat Kuih Seri Muka Pandan
1) Pertama sekali rendam beras pulut sekurang-kurangnya satu jam
2) Selepas direndam, toskan air dan masukkan beras pulut itu kedalam loyang.
3) Tuangkan santan, air dan garam. Selepas itu letakkan helaian daun pandan di atas. Daun pandan itu perlulah di carik dan disimpulkan.
4) Kukus selama 30 minit.
5) Sementara pulut tengah kukus, bolehlah kita sediakan bahan untuk lapisan atas pula.
6) Kisarkan 10 helai daun pandan dengan 300ml air. Jangan kisar sampai terlalu halus.
7) Tapiskan dalam mangkuk untuk dapatkan jus pandan.
8) Satukan jus pandan dengan kesemua bahan-bahan lain untuk lapisan atas dan kacau sebati.
9) Tapiskan untuk elak adunan berkutil.
10) Kacau adunan atas api yang kecil sehingga adunan nampak pekat.
11) Bila dah pekat, tuangkan atas pulut yang telah siap di kukus. Sebelum itu pastikan pulut telah ditekan rata dalam loyang.
12) Tutup loyang dengan aluminum foil dan kukus lagi untuk kira-kira 40 minit.
13) Selepas itu sejukkan dan siap untuk dihidangkan.

Mudahkan nak ikut Resepi Kuih Seri Muka Pandan ini. Jangan lupa mencubanya ye.

(Visited 1,117 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *