Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Kek Kukus Butter Mudah Dan Gebu

Resepi Kek Kukus Butter Mudah Dan Gebu

Resepi Kek Kukus Butter Mudah Dan Gebu. Butter kek adalah kek yang paling mudah dibuat dan digemari ramai. Memandangkan saya ni dah lama tak kongsi resepi di blog ini, jadi untuk artikel kali ini saya nak kongsi satu resepi kek yang ringkas dan sedap.

Resepi Kek Kukus Butter Mudah Dan Gebu

Kek Kukus Butter

Bahan-bahan
4 biji telur
125 gram gula castor
1/2 sudu ovalette
1 sudu susu pekat manis
200 gram butter (mentega)
190 gram tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat Kek Kukus Butter Gebu

1. Satukan telur, gula, dan ovalette dan pukul sehingga putih dan pekat.

2. Setelah itu, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.

3. Di dalam bekas yang lain, satukan butter dan susu pekat manis. Kacau sehingga lembut dan sebati.

4. Masukkan adunan butter dan susu pekat manis tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan kukus adunan selama 50 minit atau sehingga Kek Butter telah masak.

Jika anda ingin variasikan Resepi Kek Butter Kukus Mudah Dan Gebu ini, anda boleh tambahkan satu sudu kecil esen lemon atau perasa esen yang lain untuk aroma kek yang lebih wangi dan pasti menyelerakan. Selamat mencuba.

Notawanita: Untuk lebih banyak koleksi resepi menarik, jangan lupa layari page JOM MASUK DAPUR

(Visited 14,103 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *