Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Coklat Chip Muffin Yang Sedap

Resepi Coklat Chip Muffin Yang Sedap

Resepi Coklat Chip Muffin Yang Sedap. Anda penggemar muffin yang sedap? Apa kata anda cuba resepi coklat chip Muffin yang kami kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan minum petang atau nak makan untuk sarapan pagi atau ketika bersantai bersama keluarga pun boleh.

Sebelum tu nak tanya, anda dah cuba buat resepi yang sebelum ini. Donut gebu…la belum lagi ke? Klik Resepi Donut Gebu untuk mencuba, gerenti sedap dan lembut.

Resepi Coklat Chip Muffin Yang Sedap

Ok berbalik kepada Resepi Coklat Chip Muffin Yang Sedap ini. Kesemuanya anda memerlukan 11 jenis bahan. Kesemuanya mudah didapati. Tak perlu risau.

Resepi Coklat Chip Muffin Yang Sedap

Bahan-Bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan gula perang
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
Sebiji telur
1 cawan susu segar
1/3 cawan mentega cair (boleh digantikan dengan minyak)
1 sudu kecil esen vanilla
Coklat chip secukupnya

Cara Membuat Muffin Coklat Chip
1) Satukan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ayak dan ketepikan.
2) Dalam bekas lain satukan gula, susu, telur, esen vanilla dan minyak. Pukul sedikit atau kacau sebati.
3) Tambahkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
4) Setelah kesemua adunan sebati. Tambahkan coklat chip. Berapa banyak? Ikut suka hati
5) Sudukan ke dalam loyang muffin yang telah dialaskan dengan cawan kertas. Separuh sudah memadai, jangan isi sampai penuh pula.
6) Untuk hiasan, anda boleh taburkan coklat chips.
7) Akhir sekali bakar dalam ketuhar sehingga masak.

Selamat Mencuba.

(Visited 527 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *