Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Koleksi Biskut Raya » Resepi Biskut Kacang Walnut Coklat

Resepi Biskut Kacang Walnut Coklat

Resepi Biskut Kacang Walnut Coklat. Koleksi resepi biskut raya 2018 sis mulakan dengan berkongsi resepi dan cara membuat Biskut Kacang Walnut Coklat cip. Istimewanya biskut ini ia ranggup dan sedap. Budak-budak mesti suka sebab ada coklat cip di dalamnya.

Untuk anda yang tidak menggemari kacang walnut, bolehlah gantikan dengan badam, gajus atau kekacang yang lain. Untuk yang tak menggemari coklat cip pula boleh gantikan dengan coklat cadbury saiz mini. Tapi pastikan anda potong kecil-kecil coklat tu nanti ye.

Resepi Biskut Kacang Walnut Coklat

Resepi Biskut Kacang Walnut Coklat

Bahan-bahan
320g tepung gandum
210g mentega
150g gula aising
90g gula perang
70g coklat cip
100g kacang walnut (dicincang)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur

Cara Membuat Biskut Kacang Walnut
1) Mula-mula pukul mentega, gula perang dan gula aising sehingga sebati.
2) Selepas itu masukkan telur dan esen vanilla.
3) Teruskan pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati,
4) Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
5) Adunkan adunan sehingga lembut. Kemudian masukkan coklat cip dan kacang walnut.
6) Adun sehingga sebati.
7) Bulatkan adunan dan susun di atas dulang pembakar yang telah di sapu mentega.
8) Tekan sedikit diatas adunan yang telah dibulatkan.
9) Taburkan lebihan coklat cip di atasnya.
10) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 15 sehingga 20 minit.

Untuk banyak resepi biskut raya yang sedap dan patut anda cuba layari Koleksi Biskut Raya 2018. Selamat mencuba Resepi Biskut Kacang Walnut Coklat Cip

 

(Visited 237 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …