Home » Soal Hati » Cinta » Rahsia Kekalkan Percintaan Jarak Jauh

Rahsia Kekalkan Percintaan Jarak Jauh

Rahsia Kekalkan Percintaan Jarak Jauh. Inginkan tips bercinta jarak jauh? Setiap perhubungan perlukan persefahaman dan kepercayaan untuk memastikan ia berjalan dengan lancar. Kalau sering bersua, perhubungan itu mungkin lebih mudah untuk diatur dan dipelihara tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang bercinta jarak jauh. Jangan kata hendak berjumpa setiap hari, nak jumpa setiap bulan pun mungkin tidak dapat. Malah ada juga pasangan yang bertahun tidak dapat jumpa, hanya teknologi dan laman-laman sosial yang menjadi pengantara.

Cinta jarak jauh perlukan kepercayaan berganda-ganda. Rasa rindu untuk bertentang mata itu pasti ada, tapi selagi dapat berhubung dan bertanya khabar melalui telefon itu sudah memadai.

Rahsia Kekalkan Percintaan Jarak Jauh

Bercinta jarak jauh ini sebenarnya ada kelebihannya yang tersendiri, yang paling ketara adalah dapat mengelak dari perbuatan yang terlarang. Kalau asyik berkepit kehulur-kehilir pun biasanya ada syaitan yang sentiasa berbisik untuk menyesatkan. Betul tak?

Ramai yang bercinta jarak jauh bertahun-tahun tetapi akhirnya ke jinjang pelamin juga. Hah, jadi dah terbukti, percintaan jarak jauh bukan sesuatu yang mustahil cuma perlu usaha keras lebih sedikit untuk mempertahankannya.

Untuk anda yang bercinta jarak jauh, di bawah ini kami kongsikan beberapa tips untuk memastikan perhubungan anda tidak pudar.

Rahsia Kekalkan Percintaan Jarak Jauh

  1. Kerap Berkomunikasi – Dalam setiap perhubungan, komunikasi adalah sesuatu yang sangat penting. Begitu juga dengan perhubungan jarak jauh, sebolehnya luangkan masa untuk berkomunikasi setiap hari. Tidak perlu bergayut berjam-jam di telefon sampai bil telefon melambung tinggi. Cukup sekadar menghantar mesej dan bertanya khabar, memaklumkan sedikit rutin harian dan berbincang hal-hal yang dirasakan penting. Dengan berkomunikasi, pasangan tidak akan rasa terpinggir atau diabaikan dan sebarang masalah dapat diatasi dengan segera.
  2. Berjumpa – Sebolehnya biarpun bercinta jarak jauh perlulah berjumpa walaupun untuk seketika. Tetapi ada juga pasangan yang langsung tidak berjumpa atas alasan-alasan tertentu. Jika hal ini terjadi kepada anda, maka anda perlu berbincang dengan pasangan punca ‘mengapa tidak dapat berjumpa’. Jika pasangan saling memahami dengan situasi yang dihadapi, maka ‘berjumpa’ bukan lagi satu isu yang besar.
  3. Kepercayaan – Bila bercinta perlu percaya. Jangan asyik cemburu buta sahaja. Percintaan jarak jauh perlukan kepercayaan yang berganda-ganda. Ini kerana anda tidak dapat melihat gerak-geri pasangan anda. JadiĀ anda perlu sentiasa berfikiran positif tentang pasangan anda.
  4. Setia – Bila dah saling percaya tu, perlulah tanam ‘kesetiaan’ dalam diri. Biarpun bercinta jarak jauh, anda perlu setia. Jangan bila rindu atau bosan dan pasangan tiada di sisi, anda guna kesempatan itu untuk curang pula. Kecurangan itu akan membunuh hubungan dan kepercayaan pasangan anda. Jadi ingat, jika anda sayangkan pasangan dan hubungan, anda perlu setia.
  5. Mohon Pada Allah – Sesungguhnya jodoh dan pertemuan, Allah yang tentukan. Sentiasa berdoa dan bermohon agar Allah pelihara hubungan anda dan pasangan anda. Dan semoga hubungan yang terbina itu berakhir di jinjang pelamin dan kekal bahagia sampai jannah.

 

(Visited 4,090 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *