Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » Punca Susah Tambah Berat Badan

Punca Susah Tambah Berat Badan

Punca Susah Tambah Berat Badan. Biarpun ramai yang terpaksa berdiet untuk menurunkan berat badan ada juga segelintir individu yang berusaha untuk menambah berat badan. Biarpun mereka makan berkali ganda banyak dari individu yang berdiet tetapi mereka tetap juga kurus. Mengapa?

Punca Susah Tambah Berat Badan

Tiada beza antara individu yang berlebihan berat badan dengan individu yang kurang berat badan, rasa rendah diri itu pasti akan ada. Lebih-lebih lagi bila orang disekeliling mula mengata seolah tidak cukup makan. Hakikatnya setiap kali makan pasti bertambah.

Jadi kenapa masih kurus?

Punca Susah Tambah Berat Badan

1)Kurang Minum Air Suam – Jika hendak tambah berat badan, bukan kena lebihkan pengambilan makanan berkhasiat sahaja tetapi penting juga untuk minum air suam secukupnya. Pengambilan air yang tidak mencukupi akan menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan seterusnya menjejaskan proses penghadaman. Bila proses penghadaman terjejas, ia akan memberi kesan kepada berat badan anda.

2) Keturunan – Ini adalah satu punca yang sukar diubah. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa faktor genetik turut memainkan peranan penting. Jika anda lahir dalam keluarga yang mempunyai genetik ‘yang kurus’ contohnya ibu dan bapa anda kurus, maka kemungkinan yang sangat tinggi, anda juga akan kurus.

3)Kekurangan Zat – Apa yang perlu di perhatikan adalah bukan kuantiti makanan yang diambil tetapi kualiti (berkhasiat) makanan yang diambil. Untuk menambah berat badan, pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan tinggi kandungan kalori. Makanan yang tidak berkhasiat hanya akan membuatkan perut anda berasa kenyang tetapi ia tidak dapat membekalkan zat-zat penting yang tubuh anda perlukan untuk menambah berat.

4) Kurang Mendapat Rehat – Penting untuk anda mendapatkan waktu rehat dan tidur yang cukup. Bila anda tidak cukup rehat, bukan sahaja anda akan berasa letih dan lesu tetapi selera makan anda juga akan berkurangan dan menyebabkan anda susah untuk menambah berat badan.

5) Stress – Tekanan atau stress dikatakan antara penyebab utama seseorang individu sukar untuk tambah berat badan. Ini kerana stress bukan sahaja akan membuatkan anda tidak cukup tidur dan hilang selera makan tetapi stress juga menyebabkan anda menggunakan lebih banyak tenaga.

6) Kurang Bersenam – Ramai yang beranggapan kalau ingin naikkan berat badan, tidak perlu bersenam. Sebenarnya salah tanggapan itu. Berat badan akan mudah bertambah sekiranya badan kita sentiasa aktif. Cara yang terbaik adalah untuk melakukan senaman ringan dan memastikan kesihatan tubuh berada pada tahap yang baik.

Semoga perkongsian ini dapat menjawab sebarang kemusykilan yang anda hadapi untuk mencari jawapan kepada Punca Susah Tambah Berat Badan.

(Visited 769 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *