Home » Kesihatan » Petua Menghilangkan Sakit Senggugut

Petua Menghilangkan Sakit Senggugut

Petua Menghilangkan Sakit Senggugut. Sakit senggugut adalah rasa sakit yang dialami oleh kebanyakkan wanita setiap kali haid atau datang bulan. Senggugut atau dysmenorrhea ini pula terbahagi kepada dua iaitu Dysmenorrhea Primer dan Dysmenorrhea Sekunder.

Dysmenorrhea Primer adalah rasa sakit senggugut yang dialami oleh golongan wanita muda yang berpunca dari hormon prostaglandin dan bukan akibat dari penyakit lain. Manakala Dysmenorrhea Sekunder pula adalah sakit senggugut yang menyerang wanita yang sudah berkahwin. Sakit Dysmenorrhea Sekunder ini dikatakan lebih lama dan lebih teruk sakitnya. Ini kebiasaannya berpunca dari masalah rahim seperti Fibroid.

Petua Menghilangkan Sakit Senggugut

Ramai juga wanita yang terpaksa menelan pil penahan sakit untuk menghilangkan sakit senggugut demi untuk memastikan aktiviti seharian mereka tidak terjejas. Namun terlalu kerap menelan pil penahan sakit ini tidak elok dan boleh mendatangkan kesan sampingan kepada tahap kesihatan anda.

Untuk anda yang hampir setiap bulan menderita dengan sakit senggugut ini kami ada beberapa tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan sakit senggugut yang anda alami.

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT SENGGUGUT

1)Urut bahagian bawah perut anda secara perlahan dengan menggunakan hujung jari. Anda juga boleh sapukan sedikit minyak angin untuk mengurangkan rasa sakit.

2)Amalkan minum air panas untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Amalan meminum air panas ini juga dapat membantu melancarkan proses haid anda. Sebolehnya elakkan minuman yang manis kerana ini boleh membuatkan senggugut anda menjadi dua kali ganda sakitnya.

3) Tuam bahagian bawah perut anda untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Anda boleh gunakan cara tradisional seperti bertungku ataupun anda boleh gunakan pad pemanas yang biasanya dijual di farmasi.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid

4) Amalkan senaman ringan sewaktu sedang mengalami sakit senggugut. Senaman sebegini mampu menghilangkan rasa sakit yang anda alami. Jangan lakukan senaman yang berat dan elakkan mengangkat benda-benda yang berat sewaktu sedang haid kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada rahimĀ anda.

5) Amalkan diet seimbang ataupun amalan pemakanan yang sihat. Lebihkan pengambilan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

6) Amalkan mandi dengan air panas sewaktu haid terutamanya ketika anda mengalami sakit senggugut. Air panas dapat menghilangkan rasa sakit senggugut.

Semoga artikel Petua Menghilangkan Sakit Senggugut ini membantu anda mengatasi rasa sakit yang dialami. Sekiranya ia bermanfaat, jangan lupa kongsikan dengan wanita-wanita yang lain ya.

(Visited 5,682 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *