Home » Petua Hari Ini » Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian. Ibarat mimpi ngeri bila terperasankan dakwat pada pakaian. Sesiapa yang pernah berdepan dengan masalah ini tentu akan mengakuinya. Cucilah pakaian itu berkali-kali sekalipun, memang susah sangat nak hilangkan kesan dakwat tersebut. Rasa macam nak buang je pakaian tersebut ke dalam tong sampah.

Eh jangan buang dulu pakaian tu!

Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

Ada beberapa tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan kesan dakwat tersebut.

Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

1)Tititskan sedikit cuka ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan untuk beberapa minit kemudian gosok-gosok dengan jari di atas kesan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi kesan dakwat. Selepas itu cuci pakaian tersebut seperti biasa.

2) Campurkan sedikit garam halus dan beberapa titis jus limau nipis ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan beberapa minit sebelum anda gosokkan dengan jari ke atas kesan dakwat. Ulangi beberapa kali untuk menghilangkan kesemua kesan dakwat. Kemudian barulah cuci pakaian tersebut seperti biasa.

3) Ambil sedikit susu tepung dan bancuh dengan air. Sapukan bancuhan susu itu ke atas kesan dakwat dan biar sehingga kering. Selepas itu cuci pakaian tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan kesan susu.

4) Selain itu anda juga boleh sembur penyembur rambut pada kesan dakwat di pakaian anda. Biarkan kering. Kemudian ambil sebaldi air dan tuangkan beberapa titis cuka. Rendamkan pakaian tersebut untuk beberapa minit. Kemudian barulah cuci dengan air bersih.

Biarpun Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian ini nampak mudah dilakukan, tetapi harus diingatkan kemungkinan ada jenis fabrik yang tidak sesuai untuk mengunakan petua-petua ini.

(Visited 7,342 times, 9 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *