Home » Kecantikan » Penjagaan Kulit » Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat tumbuh merata di muka.

Mungkin anda dah cuba pelbagai jenis skin care, tapi masalah kulit muka berminyak tetap juga tidak dapat diatasi. Cuba perhatikan rutin penjagaan muka, mungkin salah satu tabiat buruk di bawah ini menjadi punca kulit muka berminyak.

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang

Punca Kulit Muka Berminyak

Berikut adalah 5 perkara yang membuatkan kulit muka kelihatan lebih berminyak dan mudah berjerawat:

Kerap Mencuci Muka

Kesilapan yang sering dilalukan dalam rutin penjagaan kulit muka adalah kekerapan mencuci. Ingatkan kalau berminyak tu cucilah bagi bersih kan. Sebaliknya makin kerap dicuci, makin berminyak dan kasar pula kulit muka.

Masalah Kulit Muka Berminyak

Amalkan mencuci muka hanya dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Untuk anda yang suka gunakan skrub pula, cukuplah sekali dua seminggu. Elak scrub muka setiap hari kerana ini akan merosakkan tekstur kulit.

Memicit Jerawat

Tabiat suka memicit jerawat akan membuatkan kulit muka lebih terdedah kepada kuman selain meninggalkan parut. Muka juga akan mula menghasilkan minyak yang berlebihan dan akan kelihatan kusam.

Seeloknya biarkan jerawat itu kering sendiri. Kalau nak ia kering dengan lebih cepat, anda boleh beli krim jerawat yang dijual di pasaran. Saya pula suka gunakan bedak sejuk atau bedak nyonya untuk mengeringkan jerawat dengan lebih cepat.

Membiarkan Peluh Kering Sendiri

Untuk anda yang gemar bersukan atau melakukan aktiviti diluar, pastikan anda lap muka yang berpeluh dengan tuala yang bersih. Tak kiralah letih macam mana sekali, jangan biarkan peluh kering sendiri di muka.

Bila peluh dibiarkan kering sendiri, ia akan menyebabkan kotoran mudah melekat pada kulit. Jadi untuk elak kotoran melekat pada kulit muka, pastikan anda lap peluh dan lap muka setiap kali selepas mencuci.

Menggunakan Pencuci Muka Bentuk Sabun Buku

Kalau boleh gunakan pencuci muka yang jenis dalam tiub atau botol. Pencuci muka bentuk sabun ini lebih terdedah kepada kepada bakteria bila diguna berulang kali.

Pilih produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Berdasarkan pengalaman sendiri, produk pencuci muka jenis gel, lebih sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Kurang Minum Air

Tubuh memerlukan air secukupnya untuk berfungsi dengan baik. Jika anda kurang minum air, kulit akan mudah menjadi kering. Bila kulit muka kering, minyak yang berlebihan akan terhasil untuk melembapkan kulit.

Jadi petua untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan bebas dari masalah adalah dengan meminum air suam secukupnya setiap hari.

Itulah dia 5 perkara yang perlu anda elakkan untuk memastikan masalah kulit muka berminyak dapat diatasi dengan segera.

Baca Juga: 6 Cara Mudah Elak Muka Berjerawat

(Visited 16 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *