Home » Dapur » Info Makanan » Khasiat Jering Untuk Kesihatan

Khasiat Jering Untuk Kesihatan

Khasiat Jering Untuk Kesihatan. Ramai yang tidak menggemari buah jering kerana baunya yang dikatakan lebih tajam dari bau petai. Malah ramai juga yang tidak menggemari rasanya.

Khasiat Jering Untuk Kesihatan

Namun individu yang menolak bila diajak makan jering mungkin tidak mengetahui bahawa buah yang berbau agak tajam itu sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

Khasiat Jering Untuk Kesihatan

1)Mengatasi Penyakit Anemia – Anemia adalah masalah kurang sel darah merah dalam tubuh. Ia berlaku akibat kekurangan zat besi yang mengakibatkan pengeluaran sel darah merah berkurangan. Bila sel darah merah kurang, pengeluaran oksigen dan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh juga akan berkurangan. Ini akan membuatkan pesakit anemia merasa cepat penat, letih dan kurang bersemangat. Pengambilan buah jering yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dapat membantu mengatasi masalah kekurangan sel darah merah.

2) Mengawal Kadar Gula Dalam Darah – Individu yang mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis memang disyorkan untuk makan buah jering. Menurut kajian buah jering mengandungi zat gula yang mudah diurai dan sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. Zat gula yang mudah urai ini akan menjadi tenaga oleh tubuh untuk meningkatkan stamina. Tidak seperti zat gula dalam makanan lain yang akan menyebabkan pengumpulan gula dalam darah.

3) Mengatasi Masalah Reput Tulang – Buah jering juga kaya dengan kalsium dan fosforus yang merupakan antara dua zat penting untuk kesihatan tulang. Untuk pengidap penyakit oeteoporosis atau reput tulang memang digalakkan mengambil buah jering untuk membuatkan tulang menjadi lebih kuat dan sihat.

4) Merampingkan Perut – Masalah perut buncit juga dapat diatasi dengan pengambilan buah jering. Buah kering dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan pembuangan air besar. Buah jering ini memang sesuai dimakan oleh individu yang mempunyai masalah sembelit.

TETAPI, pengambilan buah jering tidak sesuai untuk individu yang menghidap penyakit buah pinggang. Ini kerana buah jering bersifat diuretic yang mengandungi asid menyerupai kristal-kristal yang tidak dapat larut dalam air dan kemungkinan akan merosakkan lagi organ buah pinggang.

(Visited 3,950 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *