Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » Kenapa Ibu Lepas Bersalin Dilarang Makan Laksa

Kenapa Ibu Lepas Bersalin Dilarang Makan Laksa

Ada yang bertanya Kenapa Ibu Lepas Bersalin Dilarang Makan Laksa yang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Kata orang tua ibu yang baru lepas bersalin kena pantang atau tidak dibenarkan makan laksa selama setahun. Lamanya. Yang jenis ‘hantu laksa’ mesti terkejut dengar larangan makan laksa macam ni kan.

Untuk anda yang gemar makan laksa, pasti beranggapan laksa bukan sahaja sedap tetapi ia juga antara jenis makanan yang tidak berminyak dan rendah kalori. Ramai yang merasakan laksa antara makanan yang sihat dan boleh dimakan selalu.

Kenapa wanita lepas bersalin dan masih dalam pantang tidak dibenarkan makan laksa?

Ada beberapa sebab kenapa ibu lepas bersalin dilarang makan laksa, antaranya ada beberapa bahannya yang bisa dan juga penyebab angin dalam badan.

Kenapa Ibu Lepas Bersalin Dilarang Makan Laksa

 

  • Kuah Penyebab Angin – Bunga kantan dan daun kesum antara dua bahan utama dalam kuah laksa dikatakan paling bisa dan menjadi punca angin dalam badan. Selain itu jenis ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa juga boleh menyebabkan angin.
  • Laksa – Ibu yang baru lepas bersalin atau masih dalam pantang perlu elak makan makanan yang dimasak dua kali. Laksa adalah sejenis makanan yang telah dikeringkan. Sebelum nak letak kuah diatasnya, perlu direndam dengan air panas atau direbus seketika, di situ telah berlaku proses memasak untuk kali kedua. Bila dah dimasak untuk kali yang kedua, ia akan memerangkap angin yang boleh menyebabkan sakit urat atau sakit badan. Sebab tu ibu-ibu yang baru lepas bersalin juga perlu elak makan nasi yang telah dipanaskan untuk kali kedua.
  • Nenas Berbisa – Nenas yang menjadi antara bahan hiasan atau penambah rasa laksa amat berbisa untuk ibu lepas bersalin dan yang masih berpantang. Selain itu timun juga sejuk dan perlu dielakkan.

Ibu lepas bersalin dinasihatkan untuk pantang makan laksa selama setahun. Badan tu nak pakai lama kan, jadi kenalah jaga betul-betul. Kalau tak pantang makan lepas bersalin, bila dah berusia nanti mulalah sakit urat, sakit badan, sakit pinggang, lenguh kaki dan macam-macam sakit lain.

Untuk yang dah lepas tempoh berpantang setahun, dan teringin nak makan laksa bolehlah cuba Resepi Asam Laksa Homemade Yang Sedap

(Visited 251 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …