Home » Soal Hati » Cara Mengatasi Rasa Sedih

Cara Mengatasi Rasa Sedih

Cara Mengatasi Rasa Sedih. Kadang kala berlaku sesuatu yang tak terduga dalam kehidupan kita yang membuatkan kita rasa sedih dan kecewa. Bila sedih, kita pasti tak dapat berfikir positif. Hidup akan rasa serba kekurangan. Emosi pasti akan terjejas. Kerapkali hanya airmata yang menjadi peneman kedukaan.

Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, pasti setiap antara kita pernah berasa sedih. Cepat atau lambat rasa sedih itu dapat diatasi, terpulang pada emosi dan pemikiran kita. Jika kita redha dan berfikiran positif pasti kesedihan dapat diatasi segera. Selepas itu dapatlah kita teruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Cara Mengatasi Rasa Sedih

Anda sedang sedih? Tidak tahu caranya untuk mengatasi rasa sedih itu dalam tempoh yang singkat? Biar kami di Nota Wanita bantu anda. Di bawah ini kami kongsikan 5 cara untuk anda lenyapkan rasa duka nestapa.

Cara Mengatasi Rasa Sedih

  1. Senyum

Senyum itu pengubat duka. Biarpun hati anda sedang sedih ataupun terluka, teruskan untuk senyum. Bila anda senyum, akan terbitlah satu aura positif dalam diri. Semakin anda cuba untuk senyum,akan semakin berkurangan rasa sedih di hati anda. Percayalah kadang-kadang anda perlu lakukan sesuatu secara paksa. Paksa diri untuk senyum. Lama kelamaan senyuman keterpaksaan itu akan bertukar menjadi senyuman penuh keihklasan.

  1. Sayangi Diri Dan Terima Semua Kekurangan Dan Kelebihan

Hentikan sikap suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Baik dari segi kewangan, kehidupan harian atau perhubungan, jangan sesekali buat perbandingan dengan kehidupan orang lain. Mungkin dari pandangan mata anda, kehidupan mereka jauh lebih baik tetapi percayalah setiap seorang yang bergelar manusia pasti pernah berasa sedih dan pasti pernah berdepan kegagalan. Jangan terus bersedih. Jangan perkecilkan diri sendiri. Jika anda terus mencari satu demi satu kekurangan dalam diri anda ianya pasti akan membuatkan anda rasa hilang semangat. Anda akan menjadi seperti apa yang anda fikir. Jadi bangkitkanlah aura positif anda.  Hanya anda yang boleh bantu diri sendiri. Jangan terus kecewa, kehidupan ini satu anugerah. Jangan persiakannya.

  1. Berbual Dengan Seorang Pendengar Yang Boleh Dipercayai

Ketika anda bersedih, jangan duduk termenung sendirian. Carilah seorang ahli keluarga atau teman untuk berkongsi duka lara. Pastikan individu yang anda pilih untuk meluahkan kesedihan anda itu mampu membuatkan anda tenang dan mampu menjadi seorang pendengar yang baik dan dipercayai. Jika anda rasa anda tidak punya siapa-siapa, percayalah bahawa Allah sentiasa ada. Luahkan segalanya kepadaNYA. DIA Maha Mendengar.

  1. Bina Keyakinan Diri

Bila anda bersedih, itu tidak bermakna kehidupan sudah berakhir. Cuba singkirkan semua rasa negatif dalam diri anda dan fokuskan bagaimana untuk memperbaiki kehidupan anda di masa akan datang. Ambil sekeping kertas dan catatkan semua perkara yang akan membuatkan anda bahagia. Fokuskan fikiran dan minda anda untuk melangkah lebih dekat kepada impian anda. Yakin bahawa anda boleh lakukan apa sahaja yang terbaik untuk anda selagi anda tidak menjadikan kesedihan ini sebagai alasan untuk anda terus berada di bawah. Elak mengulangi kesalahan lalu.

  1. Hargai Diri Sendiri.

Jika anda biarkan diri anda terus bermuram durja, ada kemungkinan kesihatan anda akan terjejas. Anda tentu tidak mahu sakit  kan. Belajar untuk hargai diri anda. Amalkan gaya hidup yang sihat. Ubah penampilan anda. Buat pembaharuan pada diri anda sebagai langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih baik.

(Visited 1,577 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *