Home » Kecantikan » Cara Luruskan Rambut Kerinting

Cara Luruskan Rambut Kerinting

Apakah Cara Luruskan Rambut Kerinting dengan cepat tanpa merosakkan rambut? Duduk bersembang dalam sebuah kenduri baru-baru ini, ada yang membuka topik mengenai petua meluruskan rambut guna bahan semulajadi.

Penggunaan bahan semulajadi selalunya tidak merisaukan kerana peratusan untuk mendapat alergi atau kesan sampingan sangat rendah. Tapi penggunaan bahan semulajadi mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk melihat hasilnya berbanding produk yang tersedia dijual di pasaran.

Cara Luruskan Rambut Kerinting

Jika anda ingin meluruskan rambut dan gemar mencuba petua-petua tradisional, apa kata anda cuba cara luruskan rambut kerinting yang saya kongsikan di bawah ini

Cara Luruskan Rambut Kerinting guna bahan semulajadi.

1) Telur + Minyak Zaitun – Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk. Tambahkan satu sudu minyak Zaitun dan kacau sebati. Sapukan ke rambut. Biarkan selama sejam dan selepas itu cuci bersih.

2) Limau + Santan – Campurkan santan pekat dan jus limau nipis. Peramkan campuran tersebut selama 30 minit. Selepas itu sapukan ke rambut. Biarkan untuk 30 minit lagi dan akhirnya cuci rambut sehingga bersih.

3) Pisang + Madu + Susu – Ambil sebiji pisang dan lenyekkan. Campurkan dengan dua sudu madu dan satu sudu susu. Kacau ketiga-tiga bahan itu sehingga sebati. Sapukan ke rambut dan biarkan selama 30 ke 40 minit. Bilas hingga bersih. Anda boleh gantikan pisang dengan strawberi.

Untuk anda yang tidak gemar menggunakan petua tradisional bolehlah mencuba menggunakan produk yang dijual dipasaran untuk meluruskan rambut kerinting dengan cepat. Antara produk yang boleh anda cuba seperti

1) Krim Meluruskan Rambut – Terdapat pelbagai jenama krim meluruskan rambut yang dijual di pasaran. Harganya pun berbeza-beza mengikut jenama. Pilih krim luruskan rambut yang bersesuaian dengan rambut anda. Antara contoh krim luruskan rambut adalah Shiseido Professional Hair Straightening Cream

2) Hair Iron – Peralatan meluruskan rambut ini kerapkali digunakan untuk meluruskan rambut dengan cepat dan mudah. Dengan adanya ‘Hair Iron’ atau ‘Flat Iron’ anda boleh buat rebonding rambut di rumah. Antara Hair Iron yang mendapat review yang baik adalah Professional Hair Straightener Flat Iron

Sama ada anda nak cuba cara luruskan rambut kerinting secara tradisional atau moden, terpulang pada citarasa anda sendiri. Pilih yang bersesuaian dengan rambut anda.

(Visited 322 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …