Home » Gaya Hidup » Cara Buat Duit Secara Online

Cara Buat Duit Secara Online

Cara Buat Duit Secara Online. Jika dulu wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pendapatan sampingan, kini dengan zaman internet, kesukaran itu menjadi mudah.

Tidak kira suri rumah, pelajar, warga emas mahupun individu bekerjaya yang ingin mencari pendapatan sampingan, buat duit secara online menjadi pilihan.

Cara Buat Duit Secara Online

Untuk anda yang berminat, di bawah ini Notawanita kongsikan beberapa cara yang boleh anda cuba.

Cara Buat Duit Secara Online

  1. Blog – Ramai yang telah berjaya menjadikan blog sebagai lubuk pendapatan, bukan sahaja pendapatan sampingan tetapi ada juga yang berjaya menjadikan blog sebagai punca pendapatan utama. Macam mana nak dapatkan duit dengan blog?? Mudah sahaja, pertama sekali anda perlulah bina blog sendiri dengan memilih niche yang anda minati. Contohnya anda minat berkongsi resipi, jadi bolehlah anda fokuskan blog anda kepada perkongsian resipi yang anda masak sendiri. Rajin berkongsi artikel di blog anda. Kemudian, anda boleh pasangkan iklan dari syarikat pengiklan di blog untuk mendapat pendapatan. Hasil pendapatan itu bergantung juga kepada trafik blog anda. Selain itu anda juga boleh sewakan tapak di blog anda untuk sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan produk jualan mereka. Harga sewa tapak blog, bergantung kepada jumlah trafik (pelawat) yang masuk ke blog anda.
  2. Penulis Berbayar – Selain menulis untuk blog sendiri, anda juga boleh menjadi penulis berbayar untuk blog atau laman web milik individu yang lain. Kebiasaannya anda akan dibayar berdasarkan kualiti tulisan anda ataupun kuantiti artikel yang boleh anda hasilkan. Jumlah dan cara pembayaran bergantung kepada perbincangan anda dengan pemilik laman web tersebut.
  3. Berniaga – Untuk anda yang pandai membuat kek atau barangan kraf, atau mungkin pandai menjahit, anda bolehlah jual hasil kerjatangan anda itu secara online. Promosikan melalui akaun laman sosial anda seperti Facebook ataupun Instagram. Jika anda tidak mampu menghasilkan barangan sendiri, anda tetap boleh menjual barangan secara online secara dropship. Jualan secara dropship ini lebih mudah kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal. Cukup dengan hanya mempromosikan barang jualan anda, bila ada yang membeli maka anda akan menerima komisyen.

Ini adalah antara 3 Cara Buat Duit Secara Online yang boleh anda cuba untuk mencari pendapatan sampingan. Ramai yang telah berjaya melakukannya, mengapa tidak anda.

(Visited 588 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *