Home » Petua Hari Ini » Cara Bersihkan Tilam Berbau Hancing Dan Kesan Kotoran

Cara Bersihkan Tilam Berbau Hancing Dan Kesan Kotoran

Ini Cara Bersihkan Tilam Berbau Hancing Dan Kesan Kotoran dengan cepat. Para ibu tentu risau setiap kali anak kencing atas tilam atau tertumpah minuman. Bau hancing dan kesan tumpahan minuman memang sukar ditanggalkan.

Macam mana cara untuk buatkan tilam kembali berbau wangi dan tanggalkan kesan kotoran degil?

Cara Bersihkan Tilam Berbau Hancing Dan Kesan Kotoran

Cara Bersihkan Tilam Berbau Hancing Dan Kesan Kotoran

1) Sabun Pencuci – Mula-mula sekali campurkan sabun pencuci dengan air dan ratakan ke seluruh bahagian yang terkena kencing atau tumpahan minuman. Kemudian gunakan tuala yang kering atau kertas tisu dan tekan kuat-kuat diatasnya untuk menyerap kesan lembapan.

2) Cuka – Sekiranya setelah menggunkan sabun pencuci, tetapi tilam masih berbau hancing, anda boleh gunakan cuba. Basahkan kain dengan cuka putih (yang digunakan untuk masakan) dan dan gosokkan pada bahagian tilam yang kotor dan berbau hancing. Cuka dapat membantu membunuh bakteria dan kuman dan sekaligus mengurangkan bau hancing.

3) Soda Penaik – Selepas itu anda perlu taburkan soda penaik untuk mengeringkan baki cuka serta membantu menarik bau hancing. Selepas beberapa jam, anda hanya perlu vakum bersih sisa soda penaik.

4) Jemur – Jika tilam masih terasa lembab, eloklah anda jemur seketika di bawah matahari. Jemur kedua-dua belah tilam ye. Kadang-kadang kencing atau tumpahan air boleh menyerap ke bahagian bawah tilam dan menyebabkan bau hancing jika kita terlepas pandang untuk bersihkan bahagian bawah tilam. Pastikan kedua-dua belah tilam betul-betul bersih dan kering. Untuk anda yang tidak mempunyai kawasan untuk menjemur tilam di bawah matahari, boleh keringkan tilam di bawah kipas sahaja.

5) Sembur Penyegar – Akhir sekali sembur penyegar ke atas tilam untuk memberikan bauan yang segar pada tilam yang baru anda jemur itu.

Semoga dengan artikel Cara Bersihkan Tilam Berbau Hancing Dan Kesan Kotoran ini anda dapat memastikan tilam di rumah sentiasa bersih dan berbau segar. Tilam dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Jimat duit, tak perlu nak beli tilam baru dengan lebih kerap.

Selamat Mencuba.

(Visited 219 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *