Home » Dekorasi » Cara Berkesan Membersihkan Karpet Yang Berhabuk

Cara Berkesan Membersihkan Karpet Yang Berhabuk

Cara Berkesan Membersihkan Karpet Yang Berhabuk. Permaidani atau karpet, tidak kira gelaran apa yang diberi, kegunaannya bukan sahaja untuk memanaskan tapak kaki tetapi kini ia lebih mendapat tempat sebagai pilihan dalam gaya dekorasi rumah.

Tidak kira saiz, warna atau kualiti karpet, ia perlu sentiasa dibersihkan. Memandangkan ia menjadi alas yang menutupi lantai, permaidani memang mudah kotor. Malah permaidani juga mudah memerangkap debu dan habuk dan jika tidak dibersihkan, ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria atau kuman yang pastinya tidak elok untuk kesihatan.

Cara Berkesan Membersihkan Karpet Yang Berhabuk

Jika anda ingin permaidani sentiasa kelihatan bersih dan bebas dari kuman, anda perlulah tahu cara untuk menjaga dan membersihkannya. Lebih-lebih lagi kalau di rumah anda ada kanak-kanak kecil yang suka bermain atas permaidani, maka kebersihan perlulah diberikan perhatian lebih.

Cara Berkesan Membersihkan Karpet

1) Pertama sekali bila membeli permaidani, pastikan anda anginkannya terlebih dahulu. Permaidani atau karpet yang baru dibeli selalunya memiliki bau yang kurang menyenangkan. Malah kadangkala ada juga habuk yang melekat ke atasnya. Jadi anginkan dan ketuk-ketuk sedikit permaidani itu sebelum membawa ia masuk ke dalam rumah.

2) Elak meletakkan permaidani di kawasan yang setiap hari terkena sinaran cahaya matahari. Contohnya berhampiran tingkap yang sentiasa dibiarkan terbuka. Cahaya matahari akan memudarkan warna permaidani dengan cepat dan membuatkan permaidani tersebut tidak kelihatan berseri lagi.

3) Jika lantai rumah anda dialas dengan permaidani, pastinya akan memiliki vacum cleaner atau pembersih hampagas untuk memudahkan anda melakukan kerja-kerja pembersihan. Seeloknya bersihkan permaidani sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tetapi jika anda ada anak kecil ataupun kawasan rumah anda mudah berhabuk, bersihlah permaidani tersebut dengan lebih kerap.

4) Sekarang ini ada juga dijual pembersih jenis semburan yang boleh digunakan untuk membersihkan dan mewangikan permaidani. Pilih pembersih yang sesuai yang tidak akan merosakkan permaidani anda dan tidak akan meninggalkan kesan semburan.

5) Sekiranya permaidani di rumah anda sudah terlalu kotor, eloklah di hantar sahaja ke kedai dobi. Ataupun setahun sekali pun anda boleh hantarkan permaidani ke kedai dobi untuk dibersihkan dengan lebih teliti.

Semoga tips membersihkan permaidani ini akan membantu anda untuk membersihkan karpet atau permaidani rumah anda ketika menjelang raya nanti.

 

(Visited 2,089 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *