Home » Kecantikan » Air Beras Untuk Rawat Jerawat Dan Kulit Berminyak

Air Beras Untuk Rawat Jerawat Dan Kulit Berminyak

Nak tahu cara Rawat Jerawat Dan Kulit Berminyak guna bahan semulajadi? Air beras atau air cucian beras dikatakan berkhasiat untuk merawat pelbagai masalah kulit muka selain dari melembutkan dan memutihkan kulit.

Terdapat enzim semulajadi dalam beras yang bukan sahaja baik untuk tumbuhan tetapi juga baik untuk merawat, memutih dan melembutkan kulit. Seeloknya ambil air cucian beras yang ketiga untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Rawat Jerawat Dan Kulit Berminyak

Air Beras Untuk Rawat Jerawat Dan Kulit Berminyak

1) Menghilangkan Jerawat – Jika anda ada masalah jerawat, cuba anda amalkan mencuci muka dengan air basuhan beras. Cuci muka setiap hari menggunakan air cucian beras kali ketiga. Biarkan air cucian beras kering dengan sendiri di muka. Pada awalnya mungkin akan rasa pedih bila mencuci tetapi air cucian beras ini akan mengecutkan jerawat.

2) Rawat Kulit Berminyak – Minyak yang berlebihan akan membuatkan liang pori tersumbat dan seterusnya menjadi punca jerawat. Air cucian beras juga dapat membantu mengawal penghasilan minyak di muka. Mula-mula anda cuci muka guna pencuci muka yang biasa anda guna. Selepas itu barulah bilas dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering dengan sendiri.

3) Menanggalkan Bintik Hitam – Bintik hitam membuatkan muka nampak kusam dan gelap. Guna air cucian beras untuk mengurangkan bintik hitam dan jeragat. Jika diamalkan setiap hari, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan cantik.

4) Menyegarkan Kulit – Air cucian beras ini sebenarnya boleh bertindak sebagai pembersih semulajadi untuk kulit. Yang penting jangan dilap dengan tuala. Biarkan ia kering dengan sendiri di muka. Kulit anda akan sentiasa terasa segar dan bersih.

5) Memutihkan Kulit – Setiap wanita mengidamkan kulit yang cerah dan lembut. Beras mengandungi bahan pemutih semujadi yang dapat mencerahkan kulit secara sihat. Apa yang perlu anda lakukan adalah asingkan air cucian beras kali ketiga. Simpan untuk semalaman. Kesesokkannya ambil mendapan putih dan gosokkan pada kulit muka. Buat seperti scrub. Biarkan sampai kering selepas itu bilas dengan air bersih.

6) Masalah Kulit – Untuk anda yang mempunyai masalah kulit gatal dan kemerahan juga boleh mengamalkan air cucian beras. Malasah sunburn juga dapat dirawat dengan mencuci muka dengan air basuhan beras.

Air cucian beras memang selamat digunakan untuk kulit muka. Mudah-mudahan artikelĀ Air Beras Untuk Rawat Jerawat Dan Kulit Berminyak dapat membantu anda mendapatkan kulit muka yang cerah, lembut dan bebas masalah.

(Visited 127 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …