Home » Soal Hati » 6 Punca Utama Kenapa Lelaki Curang

6 Punca Utama Kenapa Lelaki Curang

6 Punca Utama Kenapa Lelaki Curang. Lama tidak berkongsi artikel yang melibatkan soal hati. Curang menjadi punca utama berakhirnya sebuah perhubungan. Kehadiran orang ketiga, pasti akan membuatkan pihak yang satu lagi terluka.

Sebelum ini kami telah kongsikan dengan anda 9 Punca Yang Membuatkan Wanita Curang. Kali ini apa kata kita selami hati lelaki pula, dan ketahui faktor-faktor yang menyebabkan seorang lelaki curang kepada pasangannya.

6 Punca Utama Kenapa Lelaki Curang

6 Punca Utama Kenapa Lelaki Curang

1)Perasaan cinta yang telah pudar – Adakalanya bila telah lama bersama, lelaki mudah pudar rasa cintanya terhadap pasangan. Adakalanya kepudaran cinta ini dirasakan hanya sementara. Ketika inilah cinta si lelaki akan beralih arah kepada wanita lain. Kecurangan sebegini selalunya bersifat sementara namun boleh membawa padah jika pasangan mendapat tahu dan tak mustahil perhubungan boleh berakhir.

2) Curang untuk membalas dendam – Tak mustahil seorang lelaki curang kerana pasangannya sendiri juga sedang curang. Kecurangan sebegini bukan sebab lelaki itu dah tak sayangkan pasangannya tetapi kerana rasa dikhianati oleh insan yang disayangi membuatkan si lelaki juga bertindak melakukan hal yang sama.

3)Wanita kuat membebel dan susah dipuaskan – Lelaki memang tidak sukakan wanita yang kuat membebel dan cerewet. Apa yang si lelaki buat semuanya tidak kena. Ini akan membuatkan si lelaki mula mencari yang lain. Niat awal mungkin bukan untuk menduakan tetapi sekadar untuk mencari teman berbual atau berkongsi minat. Tapi selalunya kes-kes seperti ini akan menyebabkan si lelaki mulai curang bila ada yang lebih memahaminya berbanding pasangannya sendiri.

4) Mudah tergoda – Boleh dikatakan majoriti lelaki mudah digoda lebih-lebih lagi oleh rupa paras, bentuk badan dan kata-kata manis seorang wanita. Jenis lelaki yang mudah digoda ini mempunyai risiko kecurangan yang sangat tinggi. Jadi kepada kaum wanita, haruslah berhati-hati ye jika pasangan anda itu jenis yang mudah digoda.

5) Mengambil kesempatan atas kelemahan pasangan – Sifat lembut hati dan mudah memaafkan yang ada dalam diri seorang wanita yang begitu mencintai pasangannya menjadi punca si lelaki mengambil kesempatan untuk curang. Kadang kala lelaki curang ini semata-mata untuk ‘test power’ mengayat sahaja. Lebih membuatkan si lelaki besar kepala bila setiap kali dia curang, dengan mudah pasangannya akan memaafkan. Ini akan membuatkan si lelaki lebih kerap curang.

6) Bosan – Kadangkala seseorang lelaki boleh menjadi bosan dalam perhubungan lebih-lebih lagi perhubungan jangka panjang. Kebosanan sering melanda pasangan yang tidak berkongsi minat yang sama. Ini akan membuatkan si lelaki lebih gemar bersendirian atau menghabiskan masa bersama teman-teman. Dan ketika itulah lelaki lebih cenderung untuk curang.

Selepas dah baca artikel 6 Punca Utama Kenapa Lelaki Curang ini, cubalah perbaiki hubungan anda dengan pasangan. Agar tiada hati yang terluka akibat kecurangan. Selamat bercinta.

(Visited 4,028 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *