Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » 5 Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Berpuasa

5 Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Berpuasa

5 Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Berpuasa. Sakit gastrik sering menyerang bila perut dibiarkan kosong untuk tempoh yang lama. Bagi anda yang mempunyai sakit gastrik, berpuasa mungkin merupakan satu cabaran. Namun jangan ia dijadikan alasan pula untuk anda mengelat dari berpuasa.

Selain menjadi tuntutan agama, berpuasa sebenarnya membantu tubuh untuk proses detoksfikasi. Iaitu mengeluarkan toksin dari dalam badan. Malah ada kajian yang menunjukkan bahawa amalan berpuasa membantu mengurangkan kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi. Selain itu berat badan juga dapat diturunkan.

5 Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Berpuasa

Cara Elak Gastrik Semasa Berpuasa

1) Lebihkan makanan tinggi serat ketika bersahur – Makanan seperti bijirin atau oat memang tinggi kandungan serat. Ia membantu anda untuk berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Untuk mengelak sakit gastrik anda boleh amalkan makan semangkuk oat atau bijirin dengan buah-buahan dan susu. Seeloknya guna buah kurma yang berkhasiat untuk membekalkan tenaga sewaktu anda berpuasa.

2) Elak mengambil makanan yang pedas – Kalau boleh cuba elak mengambil makanan yang pedas sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Makanan yang terlalu berminyak, masam dan berlemak juga perlu dielakkan. Lebih elok jika anda berbukan dengan makanan yang manis seperti kurma dan kuih muih. Diikuti dengan minum air kosong segelas dua.

3) Minum teh halia – Masalah angin dalam perut menjadi faktor utama kepada masalah gastrik. Untuk anda yang mempunyai masalah angin dalam badan, eloklah amalkan air rebusan halia setiap malam sebelum anda tidur ataupun selepas mengambil makanan yang berat. Jika anda tidak menggemari air rebusan halia, bolehlah letak lebih banyak halia dan bawang putih dalam masakan anda.

4) Kurangkan minuman berkafein – Terlalu banyak mengambil minuman berkafein juga akan punca sakit gastrik. Cara ini mungkin agak sukar bagi penggemar kopi. Untuk anda yang memang dah wajib minum kopi setiap pagi mungkin akan berasa sedikit ‘moody’ tanpa kopi. Tetapi selepas beberapa hari tubuh anda pasti dapat menerima perubahan.

5) Makan secara perlahan sewaktu berpuasa – Ya sis tau anda pasti berasa tersangat lapar sewaktu berbuka puasa. Rasa nak telan je semua makanan depan mata. Namun seeloknya anda kunyah makanan dengan perlahan sewaktu berbuka terutamanya jika makanan tersebut jenis yang lamba hadam seperti daging. Ini adalah untuk mengelak kekejangan perut.

Semoga perkongsian 5 Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Berpuasa ini membantu anda berpuasa dengan sempurna tanpa serangan sakit gastrik.

(Visited 46 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *