Friday , 20 October 2017
Home » Kecantikan » Solekan » Tips Untuk Pastikan Solekan Tahan Lama

Tips Untuk Pastikan Solekan Tahan Lama

6 Tips Untuk Pastikan Solekan Tahan Lama. Untuk memastikan mekap kekal sempurna di wajah untuk tempoh yang lama, apa yang penting adalah solekan asasnya. Bukan sekadar meletakkan ‘foundation’ yang tebal tetapi bahan solekan lain serta teknik yang betul juga penting agar muka nampak sentiasa segar dan ceria.

Dibawah ini Notawanita kongsikan teknik solekan asas yang mudah anda ikuti:

Tips Untuk Pastikan Solekan Tahan Lama

Tips Untuk Pastikan Solekan Tahan Lama

1) Gunakan Primer & Bedak Asas Cecair – Untuk memastikan asas wajah dan rona pembayang mata tahan lama, anda perlu menggunakan primer. Selepas aplikasi primer and perlu lapisinya dengan bedak asas cecair kerana ia lebih tipis dan dapat melitupi seluruh wajah. Apa yang penting adalah bedak asas cecair tahan lebih lama berbanding tabur. Untuk tips memilih bedak asas, layari artikel Cara Memilih Bedak Asas Yang Sesuai

2) Kemaskan Solekan Dengan Bedak Lut Sinar – Selepas menyapu bedak asas cecair, gunakan pula bedak lut sinar terutamanya untuk melitupi seluruh bahagian muka. Berbanding bedak tabur, bedak lut sinar lebih ringan dan wajah anda akan kelihatan lebih berseri.

3) Pemerah Pipi Jenis Cecair – pemerah pipi jenis cecair akan tahan lebih lama dan kelihatan lebih menyerlah. Ia juga boleh dicalit pada bibir untuk hasil yang lebih menawan.

4) Teknik Dapatkan Bulu Mata Lebar Dan Lentik – sebelum menggunakan maskara, pastikan anda guna pelentik bulu mata terlebih dahulu. Teknik ini membantu anda untuk mendapatkan kesan bulu mata yang lebih lentik dan lebar dan tahan lebih lama.

5) Semburan Wajah – satu teknik yang sering dilupakan adalah teknik semburan solekan. Selepas anda selesai bersolek, pastika anda semburkan muka dengan semburan solekan. Hasilnya wajah anda akan nampak lebih segar. Tetapi pastikan semburan solekan yang anda gunakan itu tidak akan menyebabkan pori tersumbat.

6) Gunakan Pewarna Bibir – Biarpun penggunaan pewarna bibir sama seperti gincu, tetapi ia tahan lebih lama dan kelihatan lebih menyerlah.

Semoga artikelĀ Tips Untuk Pastikan Solekan Tahan Lama ini membantu anda untuk bersolek dengan teknik yang betul dan kelihatan lebih segar dan menawan di sesuatu majlis atau di tempat kerja.

sumber: majalah jelita

(Visited 58 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *