Thursday , 23 November 2017
Home » Kecantikan » Tips Penjagaan Rambut Agar Kekal Sihat Dan Lebat

Tips Penjagaan Rambut Agar Kekal Sihat Dan Lebat

TIPS PENJAGAAN RAMBUT AGAR KEKAL SIHAT DAN LEBAT. Masalah rambut gugur atau kelemumur merisaukan anda? Cuba tips penjagaan rambut ini untuk dapatkan rambut yang kekal sihat, lebat dan bebas kelemumur.

Rambut yang sihat, lebat dan bermaya pasti diidamkan oleh setiap wanita. Masalah rambut kering, mudah bercabang, kulit kepala berkelemumur antara masalah rambut yang sering menyebabkan keguguran rambut. Untuk anda yang rajin buat rawatan rambut di rumah, bolehlah cuba tips rawatan rambut mengunakan bahan semulajadi yang Notawanita kongsikan ini

Tips Penjagaan Rambut Agar Kekal Sihat Dan Lebat

Tips Penjagaan Rambut Agar Kekal Sihat Dan Lebat

1) Rawat Rambut Kering – Perah santan pekat dari buah kelapa tua. Simpan santan itu dalam bekas untuk sejam dua sehingga naik patinya. Sapukan pati santan yang pekat itu pada rambut dengan menggunakan jari. Kalau nak guna sikat pun boleh tapi gunakan sikat yang bergigi jarang. Selepas itu balut rambut dengan tuala yang bersih dan biarkan selama 30 minit. Kemudian barulah di cuci dengan air. Cuba amalkan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.

2) Hilangkan Kelemumur – Perah jus limau nipis dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian sapukan pada kulit kepala. Setelah itu biarkan kering selama 30 minit. Akhir sekali cuci rambut sehingga bersih. Lakukan secara konsisten satu atau dua kali setiap minggu sehingga masalah kelemumur dapat diatasi.

3) Elak Rambut Gugur – Ramas beberapa helai daun bunga raya dan campurkan ke dalam bekas berisi sedikit air. Tunggu sehingga keluar lendir dari daun bunga raya tersebut. Selepas itu ambil lendir dan sapukan pada bahagian kulit kepala. Biarkan untuk kira-kira setengah jam kemudian barulah cuci bersih.

4) Melebatkan Rambut – Campurkan sedikit asam jawa dengan pati santan. Selepas kedua-duanya sebati, sapukan pada kulit kepala. Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan balutkan rambut untuk kira-kira satu jam. Akhir sekali cuci rambut sehingga bersih. Seeloknya diamalkan sekali seminggu.

Semoga artikel Tips Penjagaan Rambut Agar Kekal Sihat Dan Lebat ini membantu anda untuk mendapatkan rambut yang anda idamkan selama ini. Selamat mencuba.

(Visited 45 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *