Home » Kesihatan » Tips Penjagaan Mata Dan Kisah Wanita Yang Buta Selepas Minum Red Bull

Tips Penjagaan Mata Dan Kisah Wanita Yang Buta Selepas Minum Red Bull

Sebelum NW kongsi Tips Penjagaan Mata, NW nak kongsikan dulu kisah tentang seorang wanita yang buta akibat ketagih minum Red Bull setiap hari.

Lena seorang wanita berusia 26 tahun dari Ireland mempunyai tiga orang anak. Dia memang ketagih minum Red Bull. Setiap hari dia akan minum 28 tin Red Bull tanpa menyedari jumlah kalori dari minuman pembekal tenaga itu sebenarnya boleh memudaratkan diri.

Tips Penjagaan Mata Dan Kisah Wanita Yang Buta Selepas Minum Red Bull

Lena mengalami migrain yang teruk untuk tempoh yang lama dan selalunya bergantung pada pil penahan sakit. Selepas itu penglihatannya mula menjadi kabur dan dia tidak boleh langsung mengangkat kepala.

Lena dimasukkan ke hospital dan terpaksa mengurangkan berat badannya. Kata doktor punca penglihatan Lena menjadi begitu ada kaitan dengan sejenis penyakit yang diberi nama Diopathic Intracranial Hypertension (IIH) yang berpunca akibat berat badan berlebihan. Biarpun Lena hanya makan sekali sehari, berat badannya berlebihan akibat dari ketagihan minuman yang tinggi kalori.

Kisah Lena ini boleh kita jadikan pengajaran, yang sedikit itu mungkin penawar tetapi kalau diambil dalam kuantiti berlebihan ia mungkin boleh menjadi racun yang menyakiti.

Tips Penjagaan Mata

Ok berbalik kepada Tips Penjagaan Mata, jujurnya berapa ramai antara kita yang tahu cara penjagaan mata yang betul? Kadang kala mata masuk habuk atau terasa gatal pun kita gosok guna jari tanpa menyedari kemungkinan perbuatan kita itu boleh merosakkan mata.

Pertama sekali untuk menjaga mata, anda kena pastikan minum air secukupnya. Kekurangan air dalam badan atau dehidrasi boleh menyebabkan mata kerap terasa kering dan pedih.

Pastikan anda buang semua solekan di wajah setiap kali sebelum tidur, terutamanya solekan di bahagian mata. Bahan kimia yang terdapat pada alat solek boleh meresap ke dalam mata dan menyebabkan alergi jika anda tidak menitikberatkan aspek penjagaan mata.

Waktu tidur juga perlu cukup untuk elakkan munculnya lingkaran hitam dibawah mata. Kurang tidur juga akan menyebabkan mata terasa pedih dan merah.

Jika mata terasa pedih akibat memandang skrin komputer atau televisyen, seeloknya rehat seketika dengan memejam mata untuk beberapa minit ataupun dengan memandang sesuatu objek yang lebih jauh untuk seketika.

Pastikan juga anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A seperti lobak merak, tomato dan sebagainya.

Selain itu untuk anda yang memakai kanta lekap, pastikan anda menjaga kebersihan kanta lekap tersebut. Sebelum ini NW pernah kongsikan Tips Penjagaan Kanta Lekap Untuk Elak Mata Rosak. Jangan lupa baca dan kongsikan. Sama-sama kita jaga kesihatan mata.

 

 

(Visited 416 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *