Tuesday , 12 December 2017
Home » Kecantikan » Tips Penjagaan Kanta Lekap Untuk Elak Mata Rosak

Tips Penjagaan Kanta Lekap Untuk Elak Mata Rosak

Cara penjagaan contact lens tidak boleh dipandang remeh. Penggunaan Contact Lens atau Kanta Lekap seolah menjadi trend masa kini. Ada yang memakai kanta lekap kerana merasakan pemakaian cermin mata agak melecehkan. Malah ramai juga yang memakai contact lens yang berwarna demi untuk kecantikan semata-mata.

Tips Penjagaan Kanta Lekap Untuk Elak Mata Rosak

Biarpun pemakaian contact lens atau kanta lekap kini menjadi trend, namun masih ramai yang tidak tahu cara penjagaan yang betul. Contact lens yang kotor atau tercemar boleh mengakibatkan infeksi pada mata. Lebih teruk lagi ia boleh merosakkan mata dan menjejaskan penglihatan.

Sebenarnya tak susah pun untuk membersihkan contact lens. Ia boleh dilakukan dalam masa seminit dua sahaja. Penjagaan kanta lekap yang betul boleh menghalang jangkitan bakteria pada kanta lengkap tersebut dan seterusnya mengelak dari infeksi mata.

Tips Penjagaan Kanta Lekap Untuk Elak Mata Rosak

1) Bilas contact lens atau kanta lekap selepas menggunakannya untuk membuang sebarang kesan kotoran.

2) Jangan simpan kanta lekap menggunakan air paip. Ia boleh menyebabkan kuman atau bakteria membiak di atas kanta lekap tersebut.

3) Sekiranya anda menyimpan kanta lekap untuk lebih dari seminggu, seeloknya anda rendam kanta lekap tersebut dalam disinfektan terlebih dahulu sebelum memakainya.

4) Simpan kanta lekap atau contact lens di tempat yang bersih. Elak menyimpannya di tempat yang kurang bersih contohnya seperti dalam tandas kerana udara yang kotor juga boleh menyebabkan jangkitan yang tidak diingini.

Semoga Tips Penjagaan Kanta Lekap Untuk Elak Mata Rosak dapat membantu anda untuk mengelak berlakunya infeksi pada mata akibat penggunaan kanta lekap yang tercemar.

(Visited 1,194 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …