Sunday , 28 May 2017
Home » Soal Hati » Tips Merawat Hati Yang Terluka Dan Kecewa

Tips Merawat Hati Yang Terluka Dan Kecewa

Tips Merawat Hati Yang Terluka Dan Kecewa. Hati yang terluka dan kecewa akan membuatkan diri rasa lemah. Hilang rasa ketenangan. Terasa airmata begitu mudah mengalir di pipi. Mudah patah semangat dan cepat tersentap. Ketidakseimbangan emosi sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang baru merasai kehilangan…kehilangan insan yang disayangi, harta benda, pekerjaan atau mungkin juga kehilangan arah tujuan dalam hidup.

Anda pernah rasa sebegitu? Atau mungkin anda sedang melalui fasa kelukaan. Emosi rasa tidak menentu. Jika YA, jangan risau anda tidak keseorangan dan tentunya ramai yang diluar sana juga sedang melalui saat-saat kesedihan seperti anda.

Tips Merawat Hati Yang Terluka Dan Kecewa

Untuk artikel kali ini, Notawanita akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk membantu anda kembali ceria.

TIPS MERAWAT HATI YANG TERLUKA DAN KECEWA

1) Elak mendengar lagu-lagu jiwang atau menonton drama yang akan menguatkan aura kesedihan dalam diri anda.
2) Belajar untuk memaafkan. Paling penting adalah memaafkan diri sendiri.
3) Latih minda anda untuk melupakan kenangan yang menyakitkan.
4) Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan.
5) Elakkan kerap bersendirian. Cari teman untuk bersembang.
6) Muhasabah dan perbaiki diri.

Yang paling penting adalah dekatkan diri anda dengan tuhan. Percayalah bahawa hanya dengan sentiasa mengingat ALLAH, hati anda akan kembali tenang. Mohon ketenangan dariNYA. Yakin bahawa kesedihan ini hanya sementara. Pasti ada hikmah disebalik setiap ujian yang anda hadapi.

(Visited 3,648 times, 2 visits today)

Check Also

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Untuk anda yang mencari koleksi resepi biskut raya 2017 yang sedap, apa kata anda cuba …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *