Tuesday , 12 December 2017
Home » Dekorasi » 5 Tips Menghias Ruang Dapur Yang Sempit

5 Tips Menghias Ruang Dapur Yang Sempit

Inginkan ruang dapur kelihatan lebih luas? Dalam artikel ini Notawanita akan kongsikan 5 Tips Menghias Ruang Dapur Yang Sempit agar kelihatan lebih kemas dan luas.

Dapur adalah antara ruang yang kerap digunakan di rumah.Bukan sahaja dijadikan ruang memasak, dapur juga sering dijadikan ruang untuk menjamu keluarga dan tetamu menikmati hidangan yang sedap dan menyihatkan.

Memiliki ruang dapur yang luas pasti menjadi idaman setiap wanita, lebih-lebih lagi yang rajin ke dapur untuk memasak. Tak dinafikan memang agak sukar untuk menghias ruang dapur yang sempit. Jika sarat dengan perabut dan perkakasan, tentu dapur akan kelihatan berselerak.

5 Tips Menghias Ruang Dapur Yang Sempit

Sebaliknya jika anda bijak menyusun dan mendekorasi dapur, ruang yang sempit itu pun boleh kelihatan luas dan elegan. Yang penting kemas dan selesa untuk menikmati pelbagai jenis hidangan bersama insan-insan tersayang.

5 Tips Menghias Ruang Dapur Yang Sempit

1) Apa yang penting, adalah memilih tema warna yang sesuai untuk dapur anda. Kurangkan dekorasi untuk memastikan ruang dapur nampak lebih luas dan tidak berselerak.

2) Elak memilih warna cat yang gelap, kerana ia akan membuatkan ruang kelihatan lebih sempit dan gelap. Sebolehnya pilih warna cat yang cerah seperti kuning cair, krim putih dan sebagainya.

3)Pilih saiz alat kelengkapan dapur atau perabut seperti meja makan, peti sejuk, ketuhar yang kecil atau sederhana besar. Perabut dan alat kelengkapan dapur yang bersaiz besar akan membuatkan ruang dapur bertambah sempit dan sukar untuk anda melakukan kerja-kerja di dapur dengan selesa.

4) Jika ingin memasang langsir pada pintu atau tingkap yang terdapat di ruang dapur, anda perlu pilih fabrik langsir yang lebih nipis untuk mendapat kesan pencahayaan yang lebih terang. Warna dan corak fabrik langsir juga memainkan peranan, jangan pilih fabrik langsir yang mempunyai corak yang sarat atau warna yang terlalu gelap.

5) Sebolehnya pasang kabinet dapur yang melekat pada dinding, supaya anda dapat guna ruang pada dinding secara keseluruhan dan ini dapat menjimatkan ruang dapur anda.

Mudah-mudahan 5 Tips Menghias Ruang Dapur Yang Sempit ini dapat memberikan anda sedikit idea atau gambaran untuk menghias dapur anda agar kelihatan lebih kemas, selesa dan luas.

(Visited 214 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …