Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » Tips Memakai Dan Menjaga Kanta Sentuh Atau Contact Lens

Tips Memakai Dan Menjaga Kanta Sentuh Atau Contact Lens

Tips Memakai Dan Menjaga Kanta Sentuh Atau Contact Lens. Semakin hari sudah semakin ramai yang suka memakai kanta sentuh atau lebih dikenali sebagai contact lens. Ada yang memakainya kerana rabun dan tidak kurang pula untuk tujuan bergaya, lebih-lebih lagi yang sukakan contact lens yang berwarna warni.

Namun tidak ramai yang mengambil berat akan aspek penjagaan dan pemakaian kanta sentuh dengan betul. Nampak seperti perkara yang remeh tetapi penggunaan atau penjagaan contact lens yang tidak betul boleh menjadi penyebab kerosakkan mata yang serius.

Tips Memakai Dan Menjaga Kanta Sentuh Atau Contact Lens

Tips Memakai Dan Menjaga Kanta Sentuh Atau Contact Lens

1) Pertama sekali anda perlu membuat pemeriksaan mata dengan pakar optometri terlebih dahulu. Minta pendapat pakar tentang penggunaan kanta sentuh dan diikuti diikuti dengan pemeriksaan berkala.

2) Penjagaan kanta sentuh atau contact lens perlu diberi perhatian agar tidak terdedah kepada kuman atau bakteria.

3) Jangan memakai contact lens untuk tempoh yang lama kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata anda. Elak memakainya lebih dari 8 jam sehari.

4) Pastikan tangan anda bersih sebelum anda menyentuh contact lens. Jika anda berkuku panjang, anda perlu lebih berhati hati agar tidak mencederakan mata ketika memakai contact lens.

5) Elak memakai kanta sentuh yang kotor, tercalar atau yang telah rosak. Gunakan pembersih contact lens untuk mencuci kanta sentuh. Jangan gunakan air biasa atau cecair yang lain untuk membersihkan contact lens.

6) Simpan kanta sentuh dalam bekas yang sesuai dan jangan biarkan ianya terdedah.

7) Sebelum tidur atau bersolek pastikan anda menanggalkan contact lens terlebih dahulu.

8) Jangan sesekali membeli atau memakai kanta sentuh yang tidak berkualiti

Akhir sekali jika mata anda terasa gatal atau merah selepas memakai contact lens, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Jika anda rasa Tips Memakai Dan Menjaga Kanta Sentuh Atau Contact Lens ini berguna, jangan lupa kongsikan dengan mereka yang gemar memakai contact lens ya.

(Visited 68 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …