Sunday , 28 May 2017
Home » Soal Hati » Tips Kawal Rasa Marah Dengan Cepat Dan Mudah

Tips Kawal Rasa Marah Dengan Cepat Dan Mudah

Tips Kawal Rasa Marah Dengan Cepat Dan Mudah. Sifat pemarah ada dalam setiap individu. Namun bezanya ada individu yang pandai mengawal emosi ketika marah dan sebaliknya ada pula yang gagal mengawal perasaan dan menjadikan individu tersebut mudah baran, cepat melenting dan mungkin kerap memaki hamun.

Anda juga pasti pernah berada dalam situasi yang membuatkan anda rasa marah sangat. Kebiasaannya rasa marah ini muncul bila wujud rasa tidak puas hati akan sesuatu situasi atau perkara. Dalam situasi sebegini penting untuk kita kawal rasa marah ini dan berfikir secara rasional.

Tips Kawal Rasa Marah Dengan Cepat Dan Mudah

Seseorang yang sedang marah dan jika dia tidak dapat mengawal kemarahan, dia boleh bertindak melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Ini akan menyebabkan salah faham yang kecil boleh menjadi satu masalah yang sangat besar sampaikan adakalanya menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Jika anda berada dalam satu situasi yang membuatkan anda rasa marah, sebolehnya anda perlu cepat-cepat kawal emosi anda ketika itu agar anda tidak bertindak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Apa kata anda cuba tips yang kami kongsikan di bawah ini.

Tips Kawal Rasa Marah Dengan Cepat Dan Mudah

1) Tarik Nafas – Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mengawal kemarahan adalah dengan menarik nafas dalam-dalam. Terapi ini membantu mengurangkan kadar hormon serotinin yang terhasil akibat rasa marah.  Dengan menarik nafas secara dalam-dalam dan secara perlahan akan membuatkan anda rasa lebih tenang.

2) Fikirkan Tentang Sesuatu Yang Positif – Bukan mudah untuk berfikir secara positif ketika anda sedang marah. Tetapi ketika anda sedang marah, anda perlu elak bercakap atau melakukan sesuatu yang akan membuatkan anda menyesal kelak. Jadi anda perlu fikirkan tentang sesuatu yang boleh membuatkan anda berasa tenang dan gembira. Contohnya anda boleh fikirkan tentang wajah insan yang anda sayang ataupun fikirkan tentang satu kenangan manis. Dengan ini minda anda tidak akan fokus pada rasa marah yang menguasai hati anda.

3) Fikirkan Kesan Kemarahan Anda – Apa sahaja yang anda luahkan atau lakukan ketika marah tidak akan memberikan manfaat kepada diri anda. Percayalah walaupun mungkin sesaat dua itu anda berasa puas kerana dapat melepaskan rasa geram. Tetapi selepas itu rasa menyesal akan mula menguasai diri, lebih-lebih lagi jika anda telah meluahkan atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

4) Ambil Air Sembahyang – Cara terbaik untuk mengawal kemarahan adalah dengan mengambil air sembahyang. Berwudhu akan membantu membuatkan hati berasa lebih tenang. Untuk yang bukan beragama islam, bolehlah minum segelas air atau mandi untuk menyejukkan badan.

Tidak kira apa juga punca kemarahan anda, anda perlu sentiasa bertindak rasional. Jangan terlalu mengikut hati yang sedang membara kerana anda mungkin akan melakukan atau berkata sesuatu tanpa niat yang boleh melukakan orang lain dan membuatkan anda menyesal seumur hidup.

Semoga Tips Kawal Rasa Marah Dengan Cepat Dan Mudah ini membantu anda untuk meredakan kemarahan.

(Visited 966 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Untuk anda yang mencari koleksi resepi biskut raya 2017 yang sedap, apa kata anda cuba …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *