Home » Gaya Hidup » Tips Jimatkan Elektrik Kurangkan Bil Bulanan

Tips Jimatkan Elektrik Kurangkan Bil Bulanan

Tips Jimatkan Elektrik Kurangkan Bil Bulanan. Mungkin anda sering rasa terbeban dengan bayaran bil elektrik bulanan yang agak tinggi. Apakah puncanya bil elektrik melambung tinggi? Bagaimanakah untuk menjimat penggunaan tenaga elektrik?

Tenaga elektrik adalah satu keperluan asas yang diperlukan. Takkan nak bergelap dan berpanas semata-mata nak kurangkan bil elektrik kan. Tetapi kalau bil elektrik dah beratus-ratus sebulan, kenalah mula jimat penggunaan tenaga elektrik. Nak tahu caranya?

Tips Jimatkan Elektrik Kurangkan Bil Bulanan

Tips Jimatkan Elektrik

1) Lampu

  • Tutup semua suis lampu yang tidak digunakan.
  • Kurangkan penggunaan lampu di waktu pagi. Buka pintu dan tingkap untuk menerangi ruang kediaman dengan sinaran cahaya matahari.
  • Guna mentol lampu LED yang lebih mesra alam dan kurang menggunakan tenaga elektrik.

2) Aircond atau Pendingin Hawa

  • Tutup pintu dan tingkap apabila memasang pendingin hawa. Cara ini dapat mengelak udara sejuk keluar dan haba panas masuk.
  • Tetapkan suhu pendingin hawa pada 24 – 26°C sahaja. Semakin rendah suhu diturunkan, akan semakin tinggi penggunaan tenaga elektrik.
  • Jauhkan alat pendingin hawa dari haba panas seperti cahaya matahari.
  • Bersihkan penapis dan kipas compressor pendingin hawa secara kerap.
  • Gunakan pendingin hawa hanya bila cuaca terlalu panas di luar. Selebihnya gunakan kipas untuk menyejukkan suhu bilik.
  • Pastikan suis pendingin hawa ditutup sewaktu tidak digunakan.

Cara Jimatkan elektrik

3) Peti Sejuk

  • Seeloknya anda membeli peti sejuk yang mempunyai teknologi inverter araupun yang mempunyai star rating yang baik. Inverter berfungi mengawal penggunaan motor peti sejuk secara automatik dan dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
  • Jauhkan kedudukan peti sejuk dari peralatan yang mengeluarkan haba seperti periuk nasi, dapur memasak dan sebagainya. Elakkan juga meletakkan peti sejuk di bawah cahaya matahari.
  • Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka lama kerana udara sejuk akan keluar dan suhu peti sejuk akan meningkat dan menaikkan pengunaan tenaga elektik untuk menyejukkannya semula.
  • Tetapkan suhu peti sejuk sekitar 2 – 8°C. Manakala suhu ruang sejuk beku pula pada -18°C.
  • Untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, jangan terlalu penuhkan peti sejuk dan juga jangan biarkan peti sejuk terlalu kosong.

4) Mesin Basuh

  • Kurangkan kekerapan membasuh pakaian. Cuci pakaian hanya bila muatan mesin basuh telah penuh.
  • Gunakan fungsi basuhan air biasa berbanding air panas untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

5) Seterika

  • Seterika biasa menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah berbanding seterika wap.
  • Seeloknya kumpul dulu semua pakaian dan seterika sekaligus. Jadi seterika tidak perlu dipanaskan berulang kali. Aktiviti seterika baju bolehlah dilakukan ketika hujung minggu.

Semoga Tips Jimatkan Elektrik Kurangkan Bil Bulanan yang ringkas ini memberikan anda sedikit panduan untuk jimatkan penggunaan tenaga elektrik secara bijak.

(Visited 40 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *