Tuesday , 12 December 2017
Home » Kecantikan » Tips Hilangkan Kesan Gelap Bawah Mata

Tips Hilangkan Kesan Gelap Bawah Mata

Tips Hilangkan Kesan Gelap Bawah Mata. Memiliki lingkaran gelap di bawah mata pasti akan membuatkan wajah seseorang kelihatan lesu dan kurang bermaya. Kesan gelap ini sering dikaitkan dengan kurang mendapat tidur dan rehat yang mencukupi.

Tips Hilangkan Kesan Gelap Bawah Mata

Untuk artikel ini, Notawanita akan kongsikan dengan anda beberapa tips mudah untuk menghilangkan kesan atau lingkaran gelap di bawah mata menggunakan solekan.

Tips Hilangkan Kesan Gelap Bawah Mata

1)Ambil uncang teh yang telah disejukkan dan letakkan di atas kedua-dua belah mata dalam posisi berbaring. Pejam mata seketika. Selepas kira-kira 10 minit, basuhkan muka seperti biasa.

2) Sapukan krim pelembab ke muka anda. Pastikan krim pelembah yang anda gunakan mengandungi teh hijau atau ekstrak timun untuk memberi kesegaran kepada kulit wajah.

3) Sapukan ‘concealer’ di bawah mata untuk menutupi kesan lingkaran gelap. Pastikan sapuan concealer agak nipis agar kesan solekan nampak asli.

4) Sapu bedas asas ke seluruh bahagian muka. Pastikan warna bedak asas sama dengan warna concealer.

5) Selepas itu gunakan maskara berwarna hitam.

6) Elak melukis di bawah mata kerana ia akan membuatkan bahagian mata kelihatan lebih sembab.

Semoga Tips Hilangkan Kesan Gelap Bawah Mata ini dapat buat anda tampil yakin di depan orang ramai walaupun ada lingkaran gelap di bawah mata.

 

(Visited 2,987 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …