Tuesday , 12 December 2017
Home » Uncategorized » Tips Elak Bibir Kering Selepas Pakai Gincu Matte

Tips Elak Bibir Kering Selepas Pakai Gincu Matte

Tips Elak Bibir Kering Selepas Pakai Gincu Matte | Gincu Matte menjadi pilihan wanita kerana ia tahan lebih lama. Namun gincu Matte sering membuatkan bibir kering dan hal ini sangat merunsingkan para wanita.

Menurut statistik penjualan gincu, Gincu matte merupakan jenis gincu yang palis laris di pasaran. Bukan sahaja sebab ia tahan lama di bibir tetapi kerana ia juga dijual dari pelbagai koleksi warna dari tona nude sehingga ke tona gelap.

Tips Elak Bibir Kering Selepas Pakai Gincu Matte

Tetapi kerana teksturnya yang kering, gincu matte membuatkan bibir menjadi kering dan mengelupas. Dan jika tidak dirawat akan membuatkan bibir luka, gatal dan berwarna kehitaman.

Jadi bagai mana caranya untuk mendapat bibir yang kekal lembab walaupun selepas memakai gincu matte?

Tips Elak Bibir Kering Selepas Pakai Gincu Matte

Berikut adalah teknik memakai gincu matte dan mendapatkan bibir yang sentiasa lembab dan tidak kering

1) Skrub Bibir – Amalkan skrub bibir setiap kali selepas anda gosok gigi. Skrub bibir membantu untuk menanggalkan sel kulit mati dan memastikan bibir sentiasa licin. Hasilnya bibir akan kelihatan lebih segar dan lembab.

2) Lip Primer  РLip primer atau salap bibir membantu mengekalkan kelembapan bibir untuk tempoh yang lama walaupun selepas mengoles gincu matte. Mula-mula sapu lip primer pada bibir, setelah ia kering sedikit barulah oleskan dengan gincu matte. Malah ada juga yang suka sapu lip balm terlebih dahulu kemudian barulah dioles gincu.

Apa yang penting adalah pilih jenama gincu matte yang bersesuaian. Jika anda ada masalah bibir kering, pilihan gincu matte yang lebih cair teksturnya akan lebih sesuai untuk bibir anda. Sebelum tidur, sapukan lip balm pada bibir yang bertindak merawat masalah bibir.

Semoga artikel Tips Elak Bibir Kering Selepas Pakai Gincu Matte ini membantu anda untuk terus bergaya dan tampil yakin dengan pemakaian gincu matte.

(Visited 18 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …