Tips Buat Ibu Mengandung Yang Ingin Berpuasa

Tips Buat Ibu Mengandung Yang Ingin Berpuasa. Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Ramai juga para ibu mengandung yang mulai risau untuk menjalani ibadah puasa. Wahai ibu-ibu jangan la risau sangat ye, takut nanti menjejaskan kandungan pula.

Sebenarnya ada tips untuk ibu mengandung berpuasa dan dalam masa yang sama tetap memastikan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Penting untuk para ibu mengandung menjaga kesihatan kan.

Tips Buat Ibu Mengandung Yang Ingin Berpuasa

Untuk ibu mengandung yang ingin berpuasa, kami kongsikan beberapa tips berguna untuk anda.

Tips Buat Ibu Mengandung Yang Ingin Berpuasa

1) Kena pastikan memilih makanan yang sesuai dan berzat ketika bersahur. Makanan yang mengandungi protein dan lemak penting kerana dua zat ini mampu bertahan lebih lama untuk dihadamkan dan dapat melewatkan rasa lapar. Namun kedua-dua zat ini terutamanya lemak, perlu diambil pada kadar yang mencukupi dan bukannya berlebihan. Selain itu, pastikan anda juga mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan vitamin C dan zink. Kedua zat ini untuk membantu tahap kesihatan tubuh berada dalam keadaan baik.

2) Bagi mengelak rasa lebih sepanjang hari ketika berpuasa, ibu mengandung perlu elak pengambilan makanan yang manis ketika bersahur. Sebaliknya lebihkan pengambilan daging yang dapat membekalkan protein dan ia juga mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi.

3) Pastikan pengambilan air masak mencukupi. Diantara waktu berbuka sehingga ke waktu sahur yang seterusnya, ibu mengandung perlu cuba habiskan kira-kira dua liter air suam. Anda juga disyorkan untuk minum segelas susu panas ketika bersahur untuk mengelak kurang darah atau anemia.

4) Sewaktu berpuasa pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Elak melakukan aktiviti yang akan membuatkan anda rasa cepat letih, stress dan sebagainya.

5) Sewaktu berbuka puasa pula, elakkan pengambilan minuman sejuk. Lebih sesuai jika anda amalkan minuman yang panas atau suam yang manis untuk meningkatkan kadar gula dalam darah anda. Namun jangan diambil pada kadar yang berlebihan.

Semoga Tips Buat Ibu Mengandung Yang Ingin Berpuasa ini membantu anda untuk menjalani ibadah puasa disamping mengekalkan tahap kesihatan anda. Jika rasa was-was tentang tahap kesihatan, pastikan anda dapatkan nasihat doktor.

sumber info: majalah wanita

(Visited 238 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *