Home » Kesihatan » Tips Atasi Masalah Susah Tidur Malam

Tips Atasi Masalah Susah Tidur Malam

Tips Atasi Masalah Susah Tidur Malam. Kadangkala masalah sukar nak tidur boleh mengganggu konsentrasi atau fokus kita untuk melaksanakan tugasan seharian.

Masalah kurang tidur atau susah tidur juga boleh membuatkan badan kita rasa kurang bermaya dan cepat letih. Ini membuatkan ramai yang rasa tertekan bila tidak dapat tidur lena setiap malam.

Tips Atasi Masalah Susah Tidur Malam

Jika anda juga berdepan dengan masalah susah tidur, mengambil beberapa jenis makanan dan minuman yang tersenarai di bawah ini mungkin dapat membantu anda tidur dengan lebih lena.

Tips Atasi Masalah Susah Tidur Malam

1) Buah Ceri – Kandungan melatonin dalam buah ceri dapat membantu seseorang tidur dengan lebih lena. Buat mereka yang ada masalah sukar nak tidur, disyorkan untuk minum dua gelas jus ceri setiap hari.

2) Susu – Amalkan minum segelas susu suam setiap malam sebelum tidur. Susu mengandungi tryptophan yang dikatakan membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.

3) Pisang – Pisang mengandungi potassium dan magnesium yang membantu mengendurkan otot-otot tubuh dan membuatkan badan terasa lebih tenang. Menurut kajian, sesiapa yang ada masalah tidur digalakkan untuk makan pisang di waktu malam untuk mudah lena.

4) Teh Chamomile – Amalan meminum secawan teh chamomile membantu untuk mengurangkan masalah sukar tidur. Teh Chamomile membantu merehatkan saraf dan otot setelah penat bekerja seharian.

5) Kerepek Dan Biskut – Makanan seperti ini mempunyai kadar glikemik yang tinggi dan secara tak langsung membantu meningkatkan kadar gula dalam darah. Bila kadar gula meningkat ia membantu triptofan memasuki otak dan membuatkan anda rasa mengantuk. Namun dari segi kesihatan, ia seperti tidak sesuai diamalkan secara kerap kerana pengambilan gula secara berlebihan tidak elok untuk tubuh badan. Risau pula jika amalan memakan snek-snek yang manis setiap malam boleh mengundang penyakit yang tidak diingini.

6) Ikan Salmon – Pengambilan ikan seperti tuna dan salmon yang kaya dengan vitamin B6 membantu tubuh untuk pengeluaran melatonin dan seratonin. Ia sesuai untuk membantu kita mengatasi masalah sukar untuk tidur.

Selain pengambilan makanan yang tersenarai ini, anda juga boleh mengamalkan membaca buku sebelum tidur ataupun melakukan sedikit senaman ringan untuk membantu anda melelapkan mata dengan lebih cepat. Pastikan juga anda menetapkan waktu tidur yang sama setiap malam.

(Visited 430 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *