Thursday , 23 November 2017
Home » Santai Depan TV » Telefilem » Telefilem Trauma Di Cerekarama TV3

Telefilem Trauma Di Cerekarama TV3

Telefilem Trauma Di Cerekarama TV3. Buat peminat Janna Nick, Zara Zya dan Saharul Ridzwan jangan lupa tonton Trauma di cerekarama TV3 bermula pukul 9:00 malam ini. Trauma adalah sebuah telefilem khas terbitan JS Pictures Sdn Bhd bersempena dengan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2017).

Menurut pengarah telefilem Trauma, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dalam satu portal berita, Trauma adalah satu telefilem yang istimewa kerana ia menggandingkan 5 anak didik JS Pictures. Selain Janna Nick dan Saharul Ridzwan, turut berlakon dalam filem Trauma adalah Dayana Roza, Raja Afiq dan Idris Khan. Hanya Zara Zya sahaja yang baru pertama kali berlakon telefilem terbitan JS Pictures Sdn Bhd.

Telefilem Trauma Di Cerekarama TV3

Sinopsis Trauma Cerekarama TV3

Kalau barisan pelakon pun dah meletop mesti jalan cerita pun best kan. Trauma mengisahkan tentang 6 kenalan alam maya yang mempunyai satu persamaan iaitu kesemuanya ada kisah trauma yang tersendiri. Roza, Budin, Haneem, Edi, Faz dan Jaja merancang bercuti bersama dan berkongsi kisah trauma mereka.

Roza lakonan Janna Nick telah menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian mereka berenam. Dia menyewa sebuah rumah banglo yang akan menjadi tempat untuk mereka meluahkan kisah trauma yang pernah mereka alami.

Namun ketika Roza ingin mengambil kunci rumah banglo dari seorang jiran, dia ditegur pula oleh jiran itu dengan pepatah buaya menolak bangkai. Pasti pepatah itu membawa maksud tertentukan. Tapi pada siapa pepatah itu ditujukan? Kalau pada Roza, adakah dia yang dimaksudkan dengan buaya itu? Atau dia yang akan menjadi bangkainya?

Apa yang lebih misteri, mereka yang lain turut ditegur dengan pepatah-pepatah yang berbeza oleh jiran yang sama ketika masing-masing melangkah masuk dalam pagar. Lebih memburukkan keadaan bila banyak kejadian aneh mula berlaku dan masing-masing berusaha menyelamatkan diri untuk keluar dari rumah sewa itu.

Menarikan Sinopsis Trauma ini, seolah ada satu kelainan dari telefilem atau drama cinta yang biasa disiarkan. Jangan lupa ikutiĀ Telefilem Trauma Di Cerekarama TV3 jam 9:00 malam ini, 11 Mac 2017.

(Visited 1,288 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *