Wednesday , 13 December 2017
Home » Santai Depan TV » Telefilem » Telefilem Pengemis Itu Saudara Aku

Telefilem Pengemis Itu Saudara Aku

Nantikan Telefilem Pengemis Itu Saudara Aku di TV3. Sinopsis Pengemis Itu Saudara Aku lakonan Izzue Islam memang agak menarik. Mengisahkan tentang kisah hidup seorang lelaki yang terpaksa mengemis setelah berlakunya satu kemalangan jalan raya.

Pengemis Itu Saudara Aku akan disiarkan pada hari Jumaat, 1 Disember 2017 istimewa sempena Maulidur Rasul. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini adalah Amirul Faqeem, Ezzaty Abdullah, Firdaus Ghufran, Awan Kombos, Izzy Reef dan ramai lagi.

Telefilem Pengemis Itu Saudara Aku

Sinopsis Pengemis Itu Saudara Aku

Pengemis Itu Saudara Aku mengisahkan tentang Danish, hidupnya menjadi porak peranda akibat Hairi yang merebut harta. Danish kemalangan dan terpaksa mengemis selepas itu.

Suatu hari seorang wanita yang meminati dunia fotografi telah terserempak dengan Danish. Wanita itu bernama Emily. Dia telah merakam gambar Danish kerana pada pandangannya Danish adalah seorang lelaki yang kacak tetapi sangat comot.

Gambar yang dirakam Emily telah dimuatnaik ke laman sosial dan mula menjadi viral. Bila melihat semakin ramai yang mula memperkatakan tentang gambar yang diambilnya itu Emily nekad untuk mencari Danish dan mendokumentasi tentang kisah hidupnya

Namun kisah tular tentang Danish juga telah dibaca oleh Hairi. Rupanya Hairi masih berdendam dan merancang memusnahkan kehidupan Danish buat kali kedua.

Agaknya apa yang akan terjadi kepada Danish selepas itu? Makin porak peranda kah kehidupannya selepas ini?

Telefilem ini telah diarahkan oleh pengarah berbakat Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Andar Creative Sdn Bhd. Untuk anda yang tertarik kepada Sinopsis Pengemis Itu Saudara Aku dan ingin tahu kesudahan Telefilem Pengemis Itu Saudara Aku, jangan lupa tonton Pengemis Itu Saudara Aku pada hari 1 Disember jam 10:00 malam hanya di TV3.

(Visited 602 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …