Tuesday , 12 December 2017
Home » Santai Depan TV » Telefilem Fatonah Azali Cerekarama TV3

Telefilem Fatonah Azali Cerekarama TV3

Nantikan Telefilem Fatonah Azali Cerekarama TV3 malam ini. Sinopsis Fatonah Azali lakonan Nad Zainal mengisahkan tentang Fatonah seorang gadis terencat akal dan Azali, lelaki yang diamanahkan untuk menjaganya.

Fatonah Azali akan disiarkan pada hari Sabtu, 2 Disember 2017 di slot Cerekarama TV3. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini adalah Sharifah Sakinah, Raja Azura, Zaibo, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.

Telefilem Fatonah Azali Cerekarama TV3

Sinopsis Fatonah Azali

Fatonah Azali mengisahkan tentang Azali yang pulang ke kampung halamannya selepas 7 tahun. Dia mendapat perkhabaran bahawa ayahnya, Pak Tam telah berkahwin dengan Fatonah, seorang gadis autism yang jauh lebih muda dari usianya.

Pak Tam telah berkahwin dengan Fatonah kerana rasa simpati dan terhutang budi pada ayahnya yang bernama Dato Hussein. Selepas Pak Tam meninggal, menjadi tanggungjawab Azali untuk menjaga ibu tirinya itu.

Dapatkah Azali menjaga Fatonah ibarat menjaga ibu kandungnya?

Telefilem ini telah diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Kalau anda rasa Sinopsis Fatonah Azali ni menarik dan ingin tahu bagaimana kesudahan jalan ceritanya, jangan lupa tonton Telefilem Fatonah Azali Cerekarama TV3 pada pukul 10:00 malam ini di TV3.

 

 

(Visited 634 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti. Bila membeli telur, adakalanya agak sukar untuk tahu beza …