Wednesday , 20 June 2018
Home » Santai Depan TV » Telefilem Azam Cerekarama TV3

Telefilem Azam Cerekarama TV3

Sinopsis Telefilem Azam Cerekarama TV3 lakonan Nafiz Muaz. Azam mengisahkan tentang seorang lelaki lurus bendul bernama Azam. Turut menjayakan telefilem istimewa sempena DFKL adalah Hanna Aqeela, Amirul Faqeem dan Fadhlan Hazim.

Telefilem Azam Cerekarama TV3

Tarikh: 24 Februari 2018
Masa: 10:00 malam (Slot Cerekarama TV3)

Telefilem Azam Cerekarama TV3
Pengarah Along Kamaludin
Terbitan : Layar Ceritera Sdn Bhd
Pelakon : Nafiz Muaz, Hanna Aqeela, Amirul Faqeem, Fadhlan Hazim dan Rosnah Johari
Lagu Tema / OST : Pabila Hujan Turun – Fahmi Izuddin

 

Sinopsis Telefilem Azam

Azam merupakan seorang lelaki yang agak lurus bendul. Dia memiliki dua orang sahabat baik. Saiful dan Ameng sentiasa menemani Azam. Sayangnya kedua-dua sahabat baik Azam sering mempengaruhi Azam untuk melakukan perkara yang negatif.

Kerana sering bersama mereka, Azam mula terjebak dengan kegiatan mencuri. Apakah akan terjadi kepada Azam selepas itu?

Nak tahu sama ada Azam akan berhenti mengikut sahabat-sahabatnya melakukan perkara negatif, kenalah tonton kesudahan telefilem Azam di slot cerekarama TV3.

Mungkin ada yang tahu, pelakon Nafiz Muaz merupakan antara finalis Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016). Beliau pernah berlakon dalam drama Amsyar, Sweetie Nanie dan Budak Boys. Selain itu beliau juga pernah berlakon dalam telefilem berjudul Tali Kasut.

(Visited 387 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan …